Seksyen 5
Pelantikan pegawai lain Agensi
of Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 (Belum Berkuat Kuasa)
Maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai Agensi untuk memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
Pengarah, Penolong Pengarah, Penyiasat, Penolong Kanan Pegawai, Penolong
Pegawai dan apa-apa bilangan pegawai lain Agensi sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2)
Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang diperuntukkan baginya di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya.
(3)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikannya di bawah Akta ini.