Skip to content

Seksyen 9

Laporan pegawai Agensi

of Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 9 of 13
Seksyen 9
(1)

Tiap-tiap penyiasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya

(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atau Akta Dadah Berbahaya

(Pelucuthakan Harta) 1988 hendaklah diselesaikan tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan pegawai Agensi yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu daripada jenis yang telah diarahkan oleh

Pendakwa Raya tidak perlu dilaporkan kepadanya, mengemukakan kepada

Pendakwa Raya suatu laporan penyiasatannya berserta dengan kertas siasatan berkenaan dengan penyiasatan itu dalam masa satu minggu dari tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh maklumat itu diberikan.

Agensi Antidadah Kebangsaan 13

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa, tanpa mengira bahawa tempoh tiga bulan yang disebut dalam subseksyen (1) belum tamat, mengarahkan pegawai Agensi yang membuat penyiasatan itu supaya mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu laporan mengikut bentuk dalam Jadual dan kertas siasatan berkenaan dengan penyiasatan itu.

(3)

Seseorang pegawai Agensi yang gagal mengemukakan laporan dan kertas siasatan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai satu bulan atau didenda yang boleh sampai satu ribu ringgit atau kedua-duanya.