Skip to content
ActIn force

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2007
Sections
36
Languages
MS · EN

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 is Malaysia Act, cited as Act 680 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 680

AKTA AKTIVITI KERAJAAN

ELEKTRONIK 2007

Sebagaimana pada 1 November 2017

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 680

Tarikh Perkenan Diraja

… … …

29 Ogos 2007

Tarikh penyiaran dalam Warta

… …

30 Ogos 2007

Aktiviti Kerajaan Elektronik 3

Akta 680

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan itu melalui penggunaan cara elektronik dan perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Januari 2008, P.U. (B) 456/2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Aktiviti Kerajaan

Elektronik 2007.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pemakaian

Tertakluk kepada seksyen 3, Akta ini hendaklah terpakai bagi undang-undang Persekutuan yang ditetapkan mengikut seksyen 6.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 680

Penggunaan tidak mandatori

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjadikannya mandatori bagi seseorang untuk menggunakan, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam urusan dengan Kerajaan melainkan jika orang itu mengizinkan penggunaan, pemberian atau penerimaan mesej elektronik itu.

(2)

Keizinan seseorang untuk mengguna, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam urusan dengan Kerajaan boleh disimpulkan daripada perlakuan orang itu.

Rujukan kepada undang-undang bertulis lain

Pemakaian Akta ini hendaklah sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal urusan antara Kerajaan dengan orang awam.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta yang ditetapkan” ertinya suatu undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya yang ditetapkan oleh Menteri yang berkaitan di bawah seksyen 6;

“Arahan Teknologi Maklumat” ertinya arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi yang seumpama;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menerajui perubahan bagi memodenkan pentadbiran perkhidmatan awam Malaysia;

“Menteri yang berkaitan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran Akta yang ditetapkan;

“mesej elektronik” ertinya suatu maklumat yang dihasilkan, dihantar, diterima atau disimpan melalui suatu cara elektronik;

Aktiviti Kerajaan Elektronik 7

“pemula” ertinya seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar;

“penerima” ertinya seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik;

“sistem memproses maklumat” ertinya suatu sistem elektronik untuk menghasilkan, menghantar, menerima, menyimpan atau memproses mesej elektronik;

“tandatangan elektronik” ertinya apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungannya yang dicipta dalam suatu bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai tandatangan.

Bahagian II

PENTADBIRAN DAN PEMAKAIAN AKTA KEPADA

UNDANG-UNDANG BERTULIS

Penetapan oleh Menteri yang berkaitan

(1)

Menteri yang berkaitan boleh, selepas berunding dengan

Menteri, menetapkan dalam Borang 1 Jadual, mana-mana undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya bagi maksud pemakaian Akta ini.

(2)

Menteri yang berkaitan, dalam menetapkan mana-mana undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya di bawah subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.

Perundangan subsidiari

(1)

Akta ini hendaklah disifatkan terpakai bagi mana-mana perundangan subsidiari suatu Akta yang ditetapkan melainkan jika ia dikecualikan mengikut subseksyen (2).

(2)

Menteri yang berkaitan boleh, melalui pemberitahuan dalam

Borang 2 Jadual, selepas berunding dengan Menteri, mengecualikan mana-mana perundangan subsidiari suatu Akta yang ditetapkan daripada pemakaian Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 680

(3)

Menteri yang berkaitan boleh, melalui pemberitahuan dalam

Borang 3 Jadual, selepas berunding dengan Menteri, memasukkan mana-mana perundangan subsidiari yang telah dikecualikan di bawah subseksyen (2), bagi maksud pemakaian Akta ini.

Pemansuhan atau pindaan

(1)

Jika Akta yang ditetapkan dimansuhkan, Akta yang dimansuhkan itu tidak lagi menjadi Akta yang ditetapkan mulai dari tarikh berkuat kuasanya pemansuhan itu kecuali bagi perundangan subsidiari yang tidak terjejas dengan pemansuhan Akta yang ditetapkan itu.

(2)

Jika Akta yang ditetapkan dipinda dan Menteri yang berkaitan berpuas hati bahawa Akta yang dipinda tidak selaras dengan dasar atau objektif Akta ini, Menteri yang berkaitan boleh, dalam Borang 4 Jadual, mengecualikan Akta yang dipinda atau sebahagiannya daripada pemakaian Akta ini.

Arahan Teknologi Maklumat

(1)

Menteri boleh mengeluarkan Arahan Teknologi Maklumat yang boleh termasuk—

(b)

kriteria bagi tandatangan elektronik dan meterai yang sesuai bagi maksud ia digunakan;

(c)

proses bagi merakam masa dan pengakuterimaan mesej elektronik;

(d)

langkah-langkah keselamatan terhadap apa-apa capaian yang tidak dibenarkan;

(f)

kaedah-kaedah capaian bagi borang dan perkhidmatan kerajaan elektronik;

(h)

cara yang berhubungan dengan kemasukan data dan penentusahan mesej elektronik;

Aktiviti Kerajaan Elektronik 9

(i)

garis panduan bagi pembayaran dan penerimaan wang;

dan

(j)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki dari semasa ke semasa.

(2)

Ketidakpatuhan kepada mana-mana Arahan Teknologi

Maklumat tidak menjejaskan kesahan atau kebolehlaksanaan aktiviti yang dijalankan secara elektronik menurut Akta ini.

Bahagian III

PENGIKTIRAFAN UNDANG-UNDANG MESEJ

ELEKTRONIK

Pengiktirafan undang-undang mesej elektronik

(2)

Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa maklumat itu tidak terkandung dalam mesej elektronik yang membangkitkan kesan undang-undang itu, tetapi hanya dirujuk dalam mesej elektronik itu, dengan syarat bahawa maklumat yang dirujukkan itu boleh dicapai oleh orang yang terhadapnya maklumat yang dirujuk itu mungkin digunakan.

Pembentukan dan kesahan kontrak

(1)

Dalam pembentukan suatu kontrak, komunikasi tawaran, penerimaan tawaran, dan pembatalan tawaran dan penerimaan atau apa-apa komunikasi yang berkaitan boleh dinyatakan melalui suatu mesej elektronik.

(2)

Suatu kontrak tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa suatu mesej elektronik digunakan dalam pembentukannya.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 680

Bahagian IV

MEMENUHI KEHENDAK UNDANG-UNDANG MELALUI

CARA ELEKTRONIK

Tulisan

Jika mana-mana undang-undang menghendaki maklumat secara bertulis, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika maklumat itu terkandung dalam suatu mesej elektronik yang boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

Tandatangan

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki tandatangan seseorang di atas suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi, jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan elektronik yang—

(a)

dilampirkan kepada atau dikaitkan secara logik dengan mesej elektronik itu;

(b)

mengenal pasti secukupnya orang itu dan menunjukkan secukupnya kelulusan orang itu terhadap maklumat yang berhubungan dengan tandatangan itu; dan

(c)

adalah boleh dipercayai sewajarnya memberikan maksud bagi, dan hal keadaan yang tandatangan itu dikehendaki.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), suatu tandatangan elektronik adalah sewajarnya boleh dipercayai jika—

(a)

cara menghasilkan tandatangan elektronik itu dikaitkan dengan dan di bawah kawalan orang itu sahaja;

(b)

apa-apa perubahan yang dibuat kepada tandatangan elektronik itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan; dan

(c)

apa-apa perubahan yang dibuat kepada dokumen itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 11

(3)

Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] hendaklah terus terpakai bagi apa-apa tandatangan digital yang digunakan sebagai suatu tandatangan elektronik dalam apa-apa aktiviti Kerajaan.

Meterai

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki meterai dicapkan pada suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan digital sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Tandatangan Digital 1997.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan apa-apa tandatangan elektronik lain yang memenuhi kehendak mengecapkan suatu meterai dalam suatu mesej elektronik.

Saksi

Jika mana-mana undang-undang menghendaki tandatangan seorang saksi pada suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan elektronik saksi itu yang mematuhi kehendak seksyen 13.

Bentuk asal

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen dalam bentuk asalnya, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika—

(a)

wujud suatu jaminan yang boleh dipercayai mengenai integriti maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik itu daripada masa ia mula-mula dihasilkan dalam bentuknya yang muktamad; dan

(b)

mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 680

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a)—

(a)

kriteria bagi menilai integriti maklumat itu hendaklah sama ada maklumat itu kekal lengkap dan tidak diubah, selain penambahan apa-apa pengendorsan atau apa-apa perubahan yang timbul dalam perjalanan biasa komunikasi, penyimpanan dan paparan; dan

(b)

standard kebolehpercayaan yang dikehendaki hendaklah dinilai berdasarkan kepada maksud dokumen itu dihasilkan dan berdasarkan kepada semua hal keadaan lain yang berkaitan.

Salinan diakui sah

Jika mana-mana undang-undang menghendaki pengemukaan salinan dokumen diakui sah, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu dikemukakan dalam bentuk suatu mesej elektronik dan memenuhi kehendak di bawah seksyen 16.

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disimpan, disampaikan, dihantar atau diserahkan dalam lebih daripada satu salinan, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, dengan penyimpanan, penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu dalam satu salinan.

Pengemukaan dokumen

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki pemfailan atau pengemukaan apa-apa dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu difailkan atau dikemukakan dalam bentuk suatu mesej elektronik, jika mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika apa-apa bentuk yang ditetapkan ditentukan secara elektronik, pemfailan atau pengemukaan dokumen itu hendaklah menurut bentuk yang ditentukan itu.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 13

Bentuk yang ditetapkan

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen dalam suatu bentuk yang ditetapkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—

(a)

diformat mengikut cara yang sama atau sebahagian besarnya sama dengan bentuk yang ditetapkan;

(b)

boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan

(c)

berupaya disimpan oleh orang yang satu lagi.

Kehendak untuk mengeluarkan lesen, permit, kelulusan, kebenaran, dsb.

Jika mana-mana undang-undang bertulis menghendaki pengeluaran apa-apa lesen, permit, kelulusan, kebenaran atau dokumen yang serupa, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika lesen, permit, kelulusan, kebenaran atau dokumen yang serupa itu dikeluarkan dalam bentuk suatu mesej elektronik dengan syarat bahawa mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

Penyimpanan dokumen

Jika mana-mana undang-undang bertulis menghendaki mana-mana dokumen disimpan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyimpanan dokumen itu dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—

(a)

disimpan dalam format yang ia dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima;

(b)

boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan

(c)

dikenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 680

Daftar elektronik

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki suatu daftar diwujudkan, dikendalikan atau disenggarakan, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika daftar itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik dan kandungannya tidak boleh diubah dengan apa-apa cara oleh mana-mana orang yang mentadbir daftar itu yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengubah daftar itu.

(2)

Apa-apa carian yang dibuat ke atas daftar yang diwujudkan, dikendalikan dan disenggarakan melalui suatu mesej elektronik hendaklah mempunyai kesahan undang-undang yang sama seperti suatu daftar yang dirujukkan dalam Akta yang ditetapkan.

Penyampaian dan penyerahan

(1)

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disampaikan, dihantar atau diserahkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu melalui suatu cara elektronik jika terdapatnya suatu sistem memproses maklumat—

(a)

untuk mengenal pasti asal usul, destinasi, masa dan tarikh penyampaian, penghantaran atau penyerahan; dan

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

apa-apa notis kemungkiran, notis tuntutan, notis tunjuk sebab, notis pemilikan semula atau apa-apa notis yang seumpama yang dikehendaki untuk disampaikan sebelum memulakan suatu prosiding undang-undang; dan

(b)

mana-mana proses pemulaan, pliding, afidavit atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan menurut suatu prosiding undang-undang.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 15

Penyampaian ke diri

Jika mana-mana undang-undang menghendaki suatu dokumen dikemukakan atau diserahkan secara sendiri, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu dikemukakan mengikut seksyen 19 berserta suatu tandatangan elektronik.

Pembayaran

Jika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa pembayaran dibuat, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika pembayaran itu dibuat secara elektronik dan mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Kerajaan.

Resit

Jika mana-mana undang-undang menghendaki pengeluaran apa-apa resit pembayaran, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika resit itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik dan mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

Bahagian V

KOMUNIKASI MESEJ ELEKTRONIK

Anggapan mesej elektronik

(1)

Suatu mesej elektronik adalah kepunyaan pemula jika ia dihantar oleh pemula sendiri.

(2)

Antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan sebagai kepunyaan pemula jika ia dihantar oleh—

(a)

orang yang mempunyai kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemula berkenaan dengan mesej elektronik itu;

atau

(b)

suatu sistem memproses maklumat yang diprogramkan oleh, atau bagi pihak, pemula untuk beroperasi secara automatik.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 680

(3)

Antara pemula dengan penerima, penerima itu berhak untuk menganggap suatu mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula, dan untuk bertindak atas anggapan itu jika—

(a)

penerima memakai sewajarnya suatu kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima untuk menentukan sama ada mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula; atau

(b)

mesej elektronik sebagaimana yang diterima oleh penerima adalah hasil tindakan seseorang yang hubungannya dengan pemula atau mana-mana agen pemula membolehkan orang itu mendapatkan capaian kepada suatu kaedah pengesahan yang digunakan oleh pemula untuk mengenal pasti mesej elektronik itu sebagai kepunyaannya.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai jika—

(a)

penerima telah menerima suatu notis daripada pemula bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula dan mempunyai masa yang munasabah untuk bertindak sewajarnya; atau

(b)

penerima mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima.

Kandungan mesej elektronik

Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima itu berhak untuk menganggap bahawa mesej elektronik itu sebagai mesej yang pemula berhasrat untuk menghantar, dan untuk bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima mengetahui atau sepatutnya mengetahui, jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa penghantaran mesej elektronik itu telah mengakibatkan apa apa kesilapan dalam mesej elektronik yang diterima.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 17

Setiap mesej elektronik dianggap berasingan

Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima berhak untuk menganggap bahawa setiap mesej elektronik yang diterima sebagai suatu mesej elektronik yang berasingan dan untuk bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima mengetahui atau sepatutnya mengetahui, jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa mesej elektronik itu merupakan suatu pendua.

Masa pengiriman

Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar bila ia memasuki suatu sistem memproses maklumat di luar kawalan pemula.

Masa penerimaan

Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima—

(a)

jika penerima telah menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu memasuki sistem memproses maklumat yang ditetapkan itu; atau

(b)

jika penerima tidak menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu sampai ke pengetahuan penerima.

Tempat pengiriman

Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat urusan pemula, dan—

(a)

jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, dari tempat urusan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urusan itu atau jika tiada tempat urusan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urusan itu, dari tempat utama urusan pemula; atau

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 680

(b)

jika pemula tidak mempunyai suatu tempat urusan, dari tempat tinggal biasa pemula.

Tempat penerimaan

Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima di tempat urusan penerima, dan—

(a)

jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, di tempat urusan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urusan itu atau jika tiada tempat urusan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urusan itu, dari tempat utama urusan penerima; atau

(b)

jika penerima tidak mempunyai suatu tempat urusan, dari tempat tinggal biasa penerima.

Pengakuterimaan

(1)

Seksyen ini terpakai jika, semasa atau sebelum menghantar suatu mesej elektronik, atau dalam mesej elektronik itu, pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima.

(2)

Jika pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima, mesej elektronik itu dianggap seolah-olah tidak pernah dihantar sehinggalah pengakuterimaan itu diterima.

(3)

Jika pemula tidak bersetuju dengan penerima bahawa pengakuterimaan itu hendaklah diberi dalam suatu bentuk tertentu atau melalui suatu cara yang tertentu, suatu pengakuterimaan boleh diberi melalui—

(a)

apa-apa komunikasi oleh penerima, automatik atau selainnya; atau

(b)

apa-apa kelakuan penerima yang mencukupi untuk menunjukkan kepada pemula bahawa mesej elektronik itu telah diterima.

Aktiviti Kerajaan Elektronik 19

(4)

Jika pengakuterimaan tidak diterima oleh pemula dalam masa yang ditentukan atau dipersetujui atau, jika tiada masa ditentukan atau dipersetujui, dalam suatu masa yang munasabah, pemula itu boleh—

(a)

memberi notis kepada penerima yang menyatakan bahawa tiada pengakuterimaan telah diterima dan menentukan suatu masa yang munasabah yang pengakuterimaan itu mesti diterima; dan

(b)

jika pengakuterimaan itu tidak diterima dalam masa yang ditentukan dalam perenggan (a), memberi notis kepada penerima untuk menganggap mesej elektronik itu seolah-olah tidak pernah dihantar dan menjalankan apa-apa hak lain yang dia ada.

(5)

Jika pemula menerima pengakuterimaan penerima, adalah dianggap bahawa mesej elektronik yang berkaitan telah diterima oleh penerima.

(6)

Jika pengakuterimaan yang diterima itu menyatakan bahawa mesej elektronik yang berkaitan memenuhi kehendak teknikal, sama ada yang dipersetujui atau dikemukakan dalam standard yang terpakai, adalah dianggap bahawa kehendak itu telah dipenuhi.

Bahagian VI

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 680

Jadual

BORANG 1

PEMBERITAHUAN PENETAPAN AKTA

[Seksyen 6]

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 6 Akta Aktiviti Kerajaan

Elektronik 2007 [Akta 680], saya ............................................................................

[nama Menteri yang berkaitan]

Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, menetapkan—

.................................................................................................................................

[nama Akta atau sebahagian daripadanya]

sebagai Akta yang ditetapkan di bawah Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

2. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 hendaklah terpakai bagi peruntukan

Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta tertakluk kepada yang berikut:

................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

3. Pemberitahuan ini mula berkuat kuasa pada ............................................

[nyatakan tarikh].

Bertarikh

[Nama Menteri yang berkaitan]

Menteri [nyatakan Kementerian]

Aktiviti Kerajaan Elektronik 21

BORANG 2

PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI

DARIPADA AKTA

[Subseksyen 7(2)]

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(2) Akta Aktiviti

Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya .............................................................

[nama Menteri yang berkaitan]

Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, mengecualikan—

................................................................................................................................

[nama perundangan subsidiari]

yang dibuat di bawah

.................................................................................................................................

[nama Akta yang ditetapkan]

daripada pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

2. Pemberitahuan ini mula berkuat kuasa pada .............................................

[nyatakan tarikh].

Bertarikh

[Nama Menteri yang berkaitan]

Menteri [nyatakan Kementerian]

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 680

BORANG 3

PEMBERITAHUAN PEMASUKAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI

KEPADA AKTA

[Subseksyen 7(3)]

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(3) Akta Aktiviti

Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya ..........................................................

[nama Menteri yang berkaitan]

Menteri .............................................., selepas berunding dengan Menteri, memasukkan—

.................................................................................................................................

[nama perundangan subsidiari]

yang dibuat di bawah

.................................................................................................................................

[nama Akta yang ditetapkan]

bagi maksud pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

2.

Pemberitahuan ini mula berkuat kuasa pada .......................................

[nyatakan tarikh].

Bertarikh

[Nama Menteri yang berkaitan]

Menteri [nyatakan Kementerian]

Aktiviti Kerajaan Elektronik 23

BORANG 4

PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN AKTA YANG DIPINDA

DARIPADA AKTA

[Subseksyen 8(2)]

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(2) Akta Aktiviti

Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680], saya ........................................................

[nama Menteri yang berkaitan]

Menteri .............................................., mengecualikan—

(a)

keseluruhan ................ (nama Akta yang dipinda); atau

(b)

sebahagian daripada ................ (nama Akta yang dipinda); seperti yang berikut:

(i)

.................................................;

(ii)

.................................................; dan

(iii)

.................................................., (sila nyatakan)

daripada pemakaian Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

2. Pemberitahuan ini mula berkuat kuasa pada .............................................

[nyatakan tarikh].

Bertarikh

[Nama Menteri yang berkaitan]

Menteri [nyatakan Kementerian]

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 680

Akta 680

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Aktiviti Kerajaan Elektronik 25

Akta 680

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007?
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 is Malaysia Act, cited as Act 680 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Is Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 still in force?
Yes — Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 is currently in force.
When did Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 take effect?
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 was first recorded in 2007.
How many sections does Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 have?
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 contains 36 sections.
Where can I read the official version of Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007?
The official text of Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.