Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V · Komunikasi Mesej Elektronik
33. Tempat pengiriman
Feedback & supportMelainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat urusan pemula, dan—
(a)
jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, dari tempat urusan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urusan itu atau jika tiada tempat urusan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urusan itu, dari tempat utama urusan pemula; atau
Undang-Undang Malaysia 18
(b)
jika pemula tidak mempunyai suatu tempat urusan, dari tempat tinggal biasa pemula.