Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pengurusan
Likuiditi Islam Antarabangsa 2011.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2011 is Malaysia Act, cited as Act 721 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
MALAYSIA
_________
VERSI DALAM TALIAN
TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
_________
Akta 721
AKTA PERBADANAN
PENGURUSAN LIKUIDITI ISLAM
ANTARABANGSA 2011
Sebagaimana pada 1 Mac 2017
2
Tarikh Perkenan Diraja … … ... ... 24 Januari 2011
Tarikh penyiaran dalam
Warta
… … … ... 27 Januari 2011
3
Akta 721
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pengurusan
Likuiditi Islam Antarabangsa 2011.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“amanah atau dana Perbadanan” ertinya suatu amanah atau dana yang ditubuhkan oleh Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara
Perjanjian;
“Aset Terkumpul” ertinya aset patuh Shariah yang disumbangkan oleh pemberi aset kepada Perbadanan;
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“kepentingan negara” termasuklah kepentingan keselamatan, ekonomi, sosial dan politik yang memberi manfaat atau mustahak kepada Malaysia;
“ketua pegawai eksekutif” ertinya seseorang walau apa jua nama disebut yang bertanggungjawab bagi pengendalian perniagaan dan pentadbiran Perbadanan;
“Lembaga Pengelola” ertinya Lembaga Pengelola Perbadanan;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam
Antarabangsa;
“Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung Perbadanan;
“Perkara Perjanjian” ertinya perjanjian bagi penubuhan Perbadanan dan termasuklah apa-apa pindaan, tambahan, ubah suaian atau perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa;
“sekuriti Islam” ertinya apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh
Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan menurut skim pembiayaan mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah
Perbadanan;
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 7
“syarikat tujuan khas” ertinya suatu syarikat yang ditubuhkan semata-mata bagi penerbitan sekuriti Islam, oleh Perbadanan atau suatu subsidiari;
“subsidiari” ertinya suatu subsidiari yang ditubuhkan oleh
Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara Perjanjian.
Perbadanan hendaklah menjadi organisasi antarabangsa
Perbadanan diberikan taraf organisasi antarabangsa bagi maksud
Akta ini dan hendaklah ditadbir mengikut peruntukan Perkara
Perjanjian.
Keperibadian juridikal, meterai perbadanan dan kuasa
Perbadanan
Perbadanan mempunyai keperibadian juridikal dan kekal turun-temurun dan tertakluk kepada Akta ini, mempunyai semua keupayaan di sisi undang-undang yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya mengikut Perkara Perjanjian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan mempunyai kuasa untuk—
Perbadanan boleh mengadakan suatu meterai perbadanan dan boleh menggunakannya bagi maksud yang dinyatakan di bawah seksyen ini atau bagi perkara lain sebagaimana yang dipersetujui oleh
Lembaga Pengelola.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
Pemberikuasaan untuk menjadi anggota Perbadanan dan menandatangani Perkara Perjanjian
Bank diberi kuasa untuk menjadi anggota Perbadanan dan untuk menandatangani Perkara Perjanjian dan menjalankan hak atau melaksanakan kewajipan atau fungsi berkenaan dengan keanggotaannya tertakluk kepada peruntukan Akta Bank Negara
Malaysia 2009.
Menurut subseksyen (1), Bank boleh—
bekerjasama dalam apa-apa perkiraan, skim, program atau inisiatif dengan Perbadanan dan menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mencapai objektif yang sama dengan
Perbadanan bagi memajukan kewangan Islam; dan
Bank boleh, bagi maksud Malaysia sebagai negara tuan rumah kepada Perbadanan—
memberi, menderma, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa jumlah wang kepada Perbadanan mengikut prinsip
Shariah bagi penubuhan dan kewujudan berterusan
Perbadanan, tertakluk kepada kelulusan bertulis Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan terlebih dahulu; atau
membenarkan
Perbadanan untuk menghuni dan menggunakan, sama ada melalui pajakan atau selainnya, harta tak alih Bank atau mendapatkan pajakan mana-mana harta lain bagi maksud Perbadanan, pegawainya termasuk ketua pegawai eksekutif atau mana-mana anggota jawatankuasa Perbadanan.
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 9
Kuasa Menteri untuk memberikan taraf organisasi antarabangsa dan keperibadian juridikal kepada suatu subsidiari
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri boleh memberikan taraf organisasi antarabangsa dan keperibadian juridikal kepada suatu subsidiari bagi maksud Akta ini melalui peraturan-peraturan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu subsidiari yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di
Malaysia.
Kuasa Menteri untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri boleh melalui peraturan-peraturan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
Perbadanan atau suatu subsidiari yang diberikan taraf organisasi antarabangsa di bawah subseksyen 6(1), kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual 1;
yang menjadi, atau sedang melaksanakan kewajipan, ketua pegawai eksekutif Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 2; dan
yang tidak lagi menjadi, atau terhenti untuk melaksanakan kewajipan, ketua pegawai eksekutif
Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam
Bahagian II
yang menjadi wakil kepada anggota Lembaga
Pengelola dan sedang melaksanakan kewajipannya menurut Perkara Perjanjian, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 3;
yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa atau mesyuarat yang diadakan oleh, Perbadanan sebagai wakil kepada anggota Perhimpunan Agung, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 3; dan
yang terhenti menjadi wakil kepada anggota
Lembaga Pengelola, atau pernah ditauliahkan kepada, atau pernah menghadiri persidangan atau mesyuarat yang diadakan oleh, Perbadanan sebagai wakil kepada anggota
Perhimpunan
Agung, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II
Jadual 3;
seseorang—
yang sedang berkhidmat dalam jawatankuasa
Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I
Jadual 4; dan
yang tidak lagi, atau terhenti berkhidmat dalam jawatankuasa
Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 4;
seseorang—
yang menjadi pegawai Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 5; dan
yang tidak lagi menjadi, atau terhenti untuk menjalankan kewajipan, seorang pegawai
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 11
Perbadanan, kekebalan yang dinyatakan dalam
Bahagian II Jadual 5;
suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas, suatu amanah atau dana Perbadanan, atau mana-mana orang lain berhubung dengan sekuriti Islam yang diterbitkan atau dijaminkan oleh Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana
Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kesemua atau mana-mana keistimewaan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 6; dan
seseorang yang menjadi pegawai suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana
Perbadanan, kesemua atau mana-mana keistimewaan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 6.
Seseorang yang diberikan keistimewaan dan kekebalan di bawah subperenggan (1)(c)(i) dan (ii) menikmati keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi tujuan melaksanakan kewajipannya sebagai seorang wakil kepada anggota Lembaga Pengelola atau menghadiri persidangan atau mesyuarat dan semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas melaksanakan kewajipannya atau menghadiri persidangan atau mesyuarat.
Seseorang yang diberikan keistimewaan dan kekebalan di bawah subperenggan
(d)(i)
menikmati keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi tujuan berkhidmat dalam jawatankuasa dan semasa dalam perjalanan pulang selepas berkhidmat dalam jawatankuasa.
(4)
Keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah subperenggan (1)(c)(i) dan (ii) dan subperenggan (1)(d)(i) terpakai bagi—
seorang wakil silih ganti atau pemangku, atau pengganti, seseorang wakil kepada anggota Lembaga Pengelola; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
seseorang penasihat kepada seseorang, yang ditauliahkan kepada atau yang hadir persidangan antarabangsa atau mesyuarat yang diadakan oleh Perbadanan, sebagai wakil kepada anggota Perhimpunan Agung.
Seseorang warganegara Malaysia tidak berhak kepada mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini, kecuali kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya bagi maksud Perbadanan.
Mana-mana keistimewaan dan kekebalan berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan kewangan hendaklah diberikan hanya dengan persetujuan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.
Bagi maksud perenggan (1)(e) dan (g), seorang “pegawai”
ertinya seorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dengan
Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang pangkatnya hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri melalui peraturan-peraturan.
Tiada kekebalan dalam hal keadaan tertentu
8. Apa-apa kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini tidak terpakai berkenaan dengan—
suatu tindakan sivil yang berbangkit daripada suatu transaksi komersial;
suatu tindakan sivil oleh pihak ketiga untuk mendapatkan ganti rugi yang berbangkit daripada suatu kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan motor atau cara pengangkutan yang lain;
suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 13
apa-apa perkara yang menjejaskan kepentingan Malaysia.
Kebenaran memegang tanah di Persekutuan
9. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan, Perbadanan boleh memiliki atau memegang atau diberikan, diberi hakmilik, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada, mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan mengenai mana-mana tanah di mana-mana bahagian Persekutuan, bagi maksud
Perbadanan atau kediaman atau pejabat ketua pegawai eksekutif atau pegawai Perbadanan.
Tanah atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh dipegang oleh Perbadanan atas namanya atau bagi pihaknya oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada secara am atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak
Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Perbadanan atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam apa-apa daftar yang disimpan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.
Bagi maksud apa-apa urusan mengenai apa-apa tanah atau kepentingan dalam apa-apa tanah yang terletak hak atas nama
Perbadanan, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada secara amnya atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak
Perbadanan boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau apa-apa surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak Perbadanan mengikut cara yang sama dan setakat yang serupa seolah-olah orang itu telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian melalui suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
Penepian
10. (1) Perbadanan boleh mengetepikan mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah
Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (1), Perbadanan hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk mengetepikan mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini dalam hal jika keistimewaan dan kekebalan yang diberikan boleh menghalang pentadbiran keadilan.
____________________________________
JADUAL 1
[Perenggan 7(1)(a)]
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN PERBADANAN ATAU SUATU SUBSIDIARI
1. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya.
2. Ketidakbolehcabulan harta dan suatu aset kepunyaan, atau dalam jagaan, atau yang ditadbirkan oleh, Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, (tidak termasuk apa-apa harta atau aset dalam Aset Terkumpul)
dan premis kepunyaan, atau yang dihuni oleh, Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3. Ketidakbolehcabulan dokumen.
4. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kawalan pertukaran mata wang, pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
5. Tertakluk kepada pematuhan apa-apa syarat sebagaimana ditetapkan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan bagi perlindungan hasil, pengecualian daripada semua duti dan cukai, termasuk cukai perolehan modal atas—
barang yang diimport atau dieksport oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi kegunaan rasminya;
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 15
barang buatan tempatan yang diperoleh oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi kegunaan rasminya;
(c)
penerbitan rasmi Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan yang diimport atau dieksport olehnya;
pendapatan yang terbit atau yang diagihkan daripada penerbitan sekuriti Islam oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(e)
mana-mana kupon atau diskaun dalam bentuk kadar keuntungan, perolehan, bayaran sewa atau apa jua nama yang dipanggil, yang diagihkan, dibayar atau dikreditkan kepada mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana sekuriti Islam yang diterbitkan oleh
Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(f)
modal keuntungan, rizab atau pendapatan, sama ada diagihkan atau tidak, yang diisytiharkan oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
6. Pengecualian daripada cukai pendapatan, cukai perolehan harta tanah dan duti setem yang lazimnya kena dibayar oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
7. Pengecualian daripada semua cukai ke atas semua urus niaga berhubungan dengan penjualan, pembelian, pindah hakmilik atau penyusunan atau pemerolehan lain harta alih atau harta tak alih yang dikehendaki menurut skim pembiayaan mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Perbadanan bagi maksud penerbitan sekuriti Islam oleh Perbadanan atau suatu subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
8. Ketiadaan penapisan bagi komunikasi rasmi.
___________
JADUAL 2
[Perenggan 7(1)(b)]
BAHAGIAN I
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN
1. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
2. Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji, emolumen, fi dan bonus rasmi.
3. Pengecualian (termasuk pengecualian suami atau isteri dan anak-anak di bawah umur dua puluh satu tahun) daripada pemakaian undang-undang berhubungan dengan imigresen dan pendaftaran orang asing.
4. Pengecualian daripada obligasi untuk melaksanakan perkhidmatan negara.
5. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran mata wang, pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
6. Kemudahan repatriasi (termasuk kemudahan repatriasi bagi suami atau isteri dan mana-mana saudara tanggungan) semasa berlaku krisis antarabangsa.
7. Hak untuk mengimport perabot dan barang-barang peribadi, termasuk satu kenderaan motor, tanpa dikenakan duti dan cukai semasa mula-mula menjawat sesuatu jawatan di Malaysia dan untuk mengeksport perabot dan barang-barang peribadi tanpa dikenakan duti dan cukai semasa meninggalkan Malaysia apabila tamat fungsinya.
BAHAGIAN II
KEKEBALAN BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya sebagai ketua pegawai eksekutif.
___________
JADUAL 3
[Perenggan 7(1)(c)]
BAHAGIAN I
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN WAKIL KEPADA ANGGOTA LEMBAGA
PENGELOLA DAN ORANG YANG DITAULIAHKAN KEPADA, ATAU YANG
MENGHADIRI PERSIDANGAN ATAU MESYUARAT YANG DIADAKAN OLEH,
PERBADANAN SEBAGAI WAKIL KEPADA ANGGOTA PERHIMPUNAN AGUNG
1. Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri.
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 17
2. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya sebagai anggota atau wakil, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3. Ketidakbolehcabulan dokumen.
4. Ketiadaan penapisan terhadap komunikasi rasmi.
5. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran mata wang, pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
BAHAGIAN II
KEKEBALAN BEKAS WAKIL KEPADA ANGGOTA LEMBAGA PENGELOLA DAN
ORANG YANG DITAULIAHKAN KEPADA, ATAU YANG MENGHADIRI PERSIDANGAN
ATAU MESYUARAT YANG DIADAKAN OLEH, PERBADANAN SEBAGAI WAKIL
KEPADA ANGGOTA PERHIMPUNAN AGUNG
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya sebagai anggota atau wakil, mengikut mana-mana yang berkenaan.
___________
JADUAL 4
[Perenggan 7(1)(d)]
BAHAGIAN I
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN ORANG YANG BERKHIDMAT
DALAM JAWATANKUASA PERBADANAN
1. Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri.
2. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan semasa berkhidmat dalam jawatankuasa.
3. Ketidakbolehcabulan dokumen.
4. Ketiadaan penapisan terhadap komunikasi rasmi.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
5. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pertukaran mata wang, pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
6. Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji, emolumen, fi dan bonus rasmi yang diterima kerana berkhidmat dalam jawatankuasa.
BAHAGIAN II
KEKEBALAN ORANG YANG TIDAK LAGI BERKHIDMAT DALAM
JAWATANKUASA PERBADANAN
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya sebagai orang yang berkhidmat dalam jawatankuasa.
___________
JADUAL 5
[Perenggan 7(1)(e)]
BAHAGIAN I
KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN PEGAWAI PERBADANAN
1. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya.
2. Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji, emolumen rasmi, fi dan bonus rasmi.
3. Pengecualian (termasuk pengecualian suami atau isteri dan anak-anak di bawah umur dua puluh satu tahun) daripada pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan imigresen dan pendaftaran orang asing.
4. Pengecualian daripada obligasi untuk melaksanakan perkhidmatan negara.
5. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran mata wang, pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran.
6. Kemudahan-kemudahan repatriasi (termasuk kemudahan repatriasi bagi suami atau isteri dan mana-mana saudara tanggungan) semasa berlaku krisis antarabangsa.
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 19
7. Hak untuk mengimport perabot dan barang-barang peribadi, termasuk satu kenderaan motor, tanpa dikenakan duti dan cukai semasa mula-mula menjawat sesuatu jawatan di Malaysia dan untuk mengeksport perabot dan barang-barang peribadi tanpa dikenakan duti dan cukai semasa meninggalkan Malaysia apabila tamat fungsinya.
BAHAGIAN II
KEKEBALAN BEKAS PEGAWAI PERBADANAN
Kekebalan daripada guaman dan daripada proses undang-undang yang lain berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifat rasminya sebagai pegawai.
___________
JADUAL 6
[Perenggan 7(1)(f) dan (g)]
BAHAGIAN I
KEISTIMEWAAN SUATU SUBSIDIARI, SUATU SYARIKAT TUJUAN KHAS, SUATU
AMANAH ATAU DANA PERBADANAN, ATAU MANA-MANA ORANG LAIN
BERHUBUNG DENGAN SEKURITI ISLAM YANG DITERBITKAN ATAU DIJAMINKAN
OLEH PERBADANAN, SUATU SUBSIDIARI, SUATU SYARIKAT TUJUAN KHAS ATAU
SUATU AMANAH ATAU DANA PERBADANAN
1. Pengecualian daripada duti setem yang secara lazimnya kena dibayar oleh suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas, suatu amanah atau dana Perbadanan, atau mana-mana orang lain yang berhubung dengan sekuriti Islam yang diterbitkan atau dijaminkan oleh Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan.
2. Pengecualian daripada semua cukai—
untuk apa-apa modal keuntungan, rizab atau pendapatan, sama ada diagihkan atau tidak, yang diisytiharkan oleh suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan;
untuk apa-apa kupon atau diskaun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam bentuk kadar keuntungan, pendapatan, bayaran sewa atau apa jua nama yang dipanggil, yang diagihkan, dibayar atau dikreditkan kepada mana mana orang berkenaan dengan mana-mana sekuriti Islam yang
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 721
diterbitkan oleh suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan; dan
untuk apa-apa urus niaga berhubungan dengan penjualan, pembelian, pindah milik atau penyusunan atau pemerolehan lain harta alih atau tak alih yang dikehendaki menurut skim pembiayaan mengikut prinsip
Shariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Perbadanan bagi tujuan penerbitan sekuriti Islam oleh suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan.
BAHAGIAN II
KEISTIMEWAAN PEGAWAI SUATU SUBSIDIARI, SUATU SYARIKAT TUJUAN KHAS,
ATAU SUATU AMANAH ATAU DANA PERBADANAN
Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji, emolumen, fi dan bonus rasmi.
21
Akta 721
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
22
Akta 721
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.