Seksyen 5
Pemberikuasaan untuk menjadi anggota Perbadanan dan menandatangani Perkara Perjanjian
of Akta Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2011
Bank diberi kuasa untuk menjadi anggota Perbadanan dan untuk menandatangani Perkara Perjanjian dan menjalankan hak atau melaksanakan kewajipan atau fungsi berkenaan dengan keanggotaannya tertakluk kepada peruntukan Akta Bank Negara
Malaysia 2009.
(2)
Menurut subseksyen (1), Bank boleh—
(a)
bekerjasama dalam apa-apa perkiraan, skim, program atau inisiatif dengan Perbadanan dan menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mencapai objektif yang sama dengan
Perbadanan bagi memajukan kewangan Islam; dan
(b)
menerima apa-apa bayaran yang dibuat kepadanya oleh
Perbadanan.
(3)
Bank boleh, bagi maksud Malaysia sebagai negara tuan rumah kepada Perbadanan—
(a)
memberi, menderma, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa jumlah wang kepada Perbadanan mengikut prinsip
Shariah bagi penubuhan dan kewujudan berterusan
Perbadanan, tertakluk kepada kelulusan bertulis Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan terlebih dahulu; atau
(b)
membenarkan
Perbadanan untuk menghuni dan menggunakan, sama ada melalui pajakan atau selainnya, harta tak alih Bank atau mendapatkan pajakan mana-mana harta lain bagi maksud Perbadanan, pegawainya termasuk ketua pegawai eksekutif atau mana-mana anggota jawatankuasa Perbadanan.
Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 9
Kuasa Menteri untuk memberikan taraf organisasi antarabangsa dan keperibadian juridikal kepada suatu subsidiari