Skip to content

Seksyen 4

Perbadanan

of Akta Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2011

ActIn forceProvision 4 of 7
Seksyen 4
(1)

Perbadanan mempunyai keperibadian juridikal dan kekal turun-temurun dan tertakluk kepada Akta ini, mempunyai semua keupayaan di sisi undang-undang yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya mengikut Perkara Perjanjian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan mempunyai kuasa untuk—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, memegang dan melupuskan harta ketara dan harta tak ketara; dan

(c)

memulakan prosiding undang-undang.

(3)

Perbadanan boleh mengadakan suatu meterai perbadanan dan boleh menggunakannya bagi maksud yang dinyatakan di bawah seksyen ini atau bagi perkara lain sebagaimana yang dipersetujui oleh

Lembaga Pengelola.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 721