PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2011/726
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2011 is Malaysia Act, cited as Act 726 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—
bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia;
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan atau
Bahagian-Bahagian yang berlainan dalam Akta ini; dan 8
Undang-Undang Malaysia
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan
Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Entiti Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 13;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 22(1) dan termasuklah seseorang pekerja
Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 23 untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
“Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 9
“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“sistem tarif galakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011;
“tenaga boleh baharu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011;
“tenaga lestari” ertinya tenaga yang, dalam penjanaan, pembekalan dan penggunaannya adalah sedemikian rupa sehingga dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka, dan termasuklah tenaga boleh baharu;
“undang-undang tenaga lestari” ertinya—
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Tenaga
Boleh Baharu 2011; dan
mana-mana perundangan lain yang di bawahnya Pihak
Berkuasa hendaklah menjalankan mana-mana fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu.
10
Undang-Undang Malaysia
Bahagian II
Penubuhan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirnya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pihak Berkuasa Pembangunan
Tenaga Lestari Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak
Berkuasa, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Pihak
Berkuasa atau seorang pekerja Pihak Berkuasa yang diberi kuasa oleh
Pihak Berkuasa bagi bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 11
Pengerusi;
tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat wakil Kerajaan Persekutuan; dan
tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain; dan 12
Undang-Undang Malaysia
Orang yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) hendaklah seorang yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari, kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khas.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Menteri boleh melantik buat sementara mana-mana anggota Pihak
Berkuasa, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai
Pengerusi semasa tempoh apabila—
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Jadual
7. (1) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Pihak
Berkuasa.
Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Kelulusan untuk memegang jawatan lain
8. Seseorang anggota Pihak Berkuasa tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 13
Tempoh jawatan
9. (1) Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Pihak Berkuasa hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh maksimum tiga penggal berturut-turut.
Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.
Saraan dan elaun
10. (1) Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Semua anggota lain Pihak Berkuasa hendaklah dibayar elaun pada apa-apa kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
11. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Pihak Berkuasa, selain Ketua Pegawai Eksekutif.
Seseorang anggota Pihak Berkuasa, selain daripada Ketua
Pegawai Eksekutif, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
12. (1) Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
14
Undang-Undang Malaysia
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 45; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri;
dalam hal seseorang anggota Pihak Berkuasa selain
Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak
Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi;
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang yang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 15
Jawatankuasa
13. (1) Pihak Berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk pada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya ditandatangani, disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan 16
Undang-Undang Malaysia
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Pihak Berkuasa dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subseksyen (11) dan (12)
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, jawatankuasa; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Penzahiran kepentingan
14. (1) Mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 13 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 17
dibincangkan oleh Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Pihak Berkuasa, atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak
Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak
Berkuasa atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubungan dengan seseorang anggota
Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isterinya;
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
18
Undang-Undang Malaysia
anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;
adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan
suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubungan dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, ertinya—
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pekongsi anggota itu;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
BAHAGIAN III
FUNGSI DAN KUASA PIHAK BERKUASA
Fungsi Pihak Berkuasa
15. Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai segala fungsi yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang tenaga lestari dan hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 19
menasihati Menteri dan Entiti Kerajaan yang berkaitan tentang segala perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari, termasuklah syor tentang dasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah dipakai untuk menggalakkan tenaga lestari;
menggalakkan dan melaksanakan objektif dasar negara bagi tenaga boleh baharu;
menggalakkan, merangsang, memudahkan dan membangunkan tenaga lestari;
melaksanakan, menguruskan, memantau dan mengkaji semula sistem tarif galakan, termasuklah menjalankan penyiasatan, mengumpulkan, merekodkan dan menyenggarakan data, maklumat dan statistik berkenaan dengan sistem tarif galakan dan memberikan data, maklumat dan statistik itu kepada Menteri sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa;
melaksanakan undang-undang tenaga lestari dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang itu kepada Kerajaan Persekutuan;
menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam sektor tenaga lestari, termasuklah mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan insentif berhubungan dengan cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal yang lain yang terpakai bagi pelaburan itu;
menjalankan atau mengatur penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan perkhidmatan nasihat, mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan tenaga lestari, dan menyebarkan maklumat, statistik dan faktor yang berkaitan itu kepada Entiti
Kerajaan, orang awam dan pelabur atau pelabur berpotensi yang melabur dalam tenaga lestari;
20
Undang-Undang Malaysia
mengendalikan, menggalakkan dan menyokong, mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berhubungan dengan tenaga lestari;
menjalankan, menggalakkan dan menyokong, mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, latihan atau program lain yang berhubungan dengan pembangunan sumber manusia dan pembinaan keupayaan dalam sektor tenaga lestari;
melaksanakan langkah-langkah bagi menggalakkan penyertaan orang awam dan menambah baik kesedaran mengenai perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari;
bertindak sebagai tumpuan utama untuk membantu Menteri tentang—
perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari; dan
perkara pemanasan sejagat yang berhubungan dengan tenaga; dan
menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang tenaga lestari dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang merupakan tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Kuasa Pihak Berkuasa
16. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang tenaga lestari.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pihak
Berkuasa hendaklah termasuk kuasa—
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 21
untuk menjalankan segala aktiviti yang penjalanannya didapati oleh Pihak Berkuasa adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
untuk bekerjasama atau bertindak bersama dengan mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk mendekati secara langsung atau tidak langsung, menjadi perantara dengan, dan menyebarkan maklumat yang berkaitan kepada, mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi atau mana-mana pembiaya atau pembiaya berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan inisiatif pembiayaan dalam sektor tenaga lestari di Malaysia;
untuk melantik ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
untuk mengenakan fi, kos, atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya yang sepatutnya dan berkesan;
untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja
Pihak Berkuasa bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh
Menteri; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.
Fungsi tambahan Pihak Berkuasa
17. (1) Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini,
22
Undang-Undang Malaysia
Pihak Berkuasa boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahkan atau diberikan kepadanya oleh
Kerajaan Persekutuan, dan dalam melakukan sedemikian Pihak
Berkuasa hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa berkenaan dengan pengusahaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan pembelanjaan wang itu.
Wang yang dibelanjakan bagi maksud di bawah subseksyen (1)
hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun-akaun
Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu menurut
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
18. (1) Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsinya dan kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, untuk mendapatkan pinjaman atau membuat perundangan subsidiari, kepada—
Pengerusi;
seorang anggota Pihak Berkuasa;
suatu jawatankuasa; atau
seorang pekerja Pihak Berkuasa.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggota Pihak
Berkuasa atau suatu jawatankuasa atau seorang pekerja Pihak
Berkuasa, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada
Kumpulan Wang atau atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga ke apa-apa takat yang hendaklah dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.
Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau suatu jawatankuasa atau seorang pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 23
diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang
Pihak Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Arahan oleh Menteri
19. (1) Pihak Berkuasa adalah bertanggungjawab kepada Menteri.
Menteri boleh memberi Pihak Berkuasa arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan undang-undang tenaga lestari, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak
Berkuasa dan Pihak Berkuasa hendaklah melaksanakan arahan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
20. (1) Pihak
Berkuasa hendaklah memberi
Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
24
Undang-Undang Malaysia
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Pihak Berkuasa boleh menubuhkan dan terlibat dalam pertubuhan perbadanan
21. Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan dan terlibat dalam mana-mana pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan dan menguruskan bagi pihak Pihak Berkuasa apa-apa projek, skim atau perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
BAHAGIAN IV
PEKERJA PIHAK BERKUASA
Ketua Pegawai Eksekutif
22. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai
Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat, dan yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, yang difikirkannya wajar.
Orang yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah subseksyen (1) hendaklah seorang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari, kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khas.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Pihak
Berkuasa pada keseluruhannya.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 25
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Pihak Berkuasa.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi seorang pekerja
Pihak Berkuasa.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
23. Menteri boleh melantik mana-mana pekerja Pihak Berkuasa untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif semasa apa-apa tempoh apabila—
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Pelantikan pekerja Pihak Berkuasa
24. Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja yang difikirkan wajar dan perlu oleh Pihak
Berkuasa dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai.
Syarat perkhidmatan
25. Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
26
Undang-Undang Malaysia
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
26. Pihak Berkuasa boleh membuat apa-apa perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, faedah perubatan, pencen, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan
27. Pihak Berkuasa boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
28. Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
BAHAGIAN V
KEWANGAN
Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
29. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 27
semua atau mana-mana bahagian fi, kos, levi, sumbangan dan caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa di bawah undang-undang tenaga lestari;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Pihak
Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 33;
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh
Pihak Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
semua derma dan sumbangan yang diterima dalam atau di luar Malaysia;
semua jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya, kuasanya dan kewajipannya; dan
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak
Berkuasa.
28
Undang-Undang Malaysia
Walau apa pun perenggan (2)(b), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi kehendak kewangan Pihak Berkuasa bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
30. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Pihak Berkuasa tetapi tidak termasuk perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Tenaga
Boleh Baharu menurut Akta Tenaga Boleh Baharu 2011;
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Pihak Berkuasa, anggota jawatankuasa dan pekerja Pihak
Berkuasa, termasuk pemberian pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan, faedah persaraan, faedah perubatan, pencen, ganjaran dan elaun lain;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barangan dan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Pihak Berkuasa dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah undang-undang tenaga lestari, tetapi tidak termasuk perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan
Wang Tenaga Boleh Baharu menurut Akta Tenaga Boleh
Baharu 2011;
membeli atau menyewa loji, peralatan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah undang-undang tenaga lestari;
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 29
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 33 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
pelaburan di bawah seksyen 34; dan
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
31. Menjadi kewajipan Pihak Berkuasa untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Akaun bank
32. Pihak berkuasa hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan apa-apa bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Pihak
Berkuasa bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
33. Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
30
Undang-Undang Malaysia
Pelaburan
34. Wang Pihak Berkuasa hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Batasan kontrak
35. Pihak Berkuasa tidak boleh, tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Pihak Berkuasa dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun yang melebihi sepuluh juta ringgit.
Tatacara kewangan
36. Tertakluk pada Akta ini dan kelulusan Menteri, Pihak Berkuasa hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Tahun kewangan
37. Tahun kewangan Pihak Berkuasa hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akaun dan laporan
38. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya yang sepatutnya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
suatu penyata akaun Pihak Berkuasa yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 31
suatu laporan aktivitinya.
Pihak Berkuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit, suatu salinan laporan juruaudit dan suatu salinan laporan aktivitinya kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
BAHAGIAN VI
AM
Sekatan ke atas penggunaan simbol atau lambang Pihak Berkuasa
39. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa simbol atau lambang yang dipilih atau dicipta oleh Pihak Berkuasa dan selepas itu untuk mempamerkan atau menunjukkan simbol atau lambang itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya.
Simbol atau lambang yang dipilih atau dicipta oleh Pihak
Berkuasa hendaklah disiarkan dalam Warta.
Mana-mana orang yang menggunakan sesuatu simbol atau lambang Pihak Berkuasa atau apa-apa yang menyerupainya, atau mencipta apa-apa simbol atau lambang yang merujuk kepada Pihak
Berkuasa sehingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
32
Undang-Undang Malaysia
Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Pihak Berkuasa
40. (1) Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Pihak Berkuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
Seseorang yang, dengan niat untuk mengakibatkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574], melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Pihak Berkuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan itu tidak ditujukan kepada—
apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;
apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau
apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi yang tertentu;
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa adalah, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; dan
sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 33
maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan capaian kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.
Pendakwaan
41. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis daripada Pendakwa
Raya.
Pekhidmat awam
42. Semua anggota Pihak Berkuasa dan anggota mana-mana jawatankuasa, dan pekerja atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
43. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Menteri;
Pihak Berkuasa;
34
Undang-Undang Malaysia
mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Pihak
Berkuasa; atau
mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
44. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pihak Berkuasa atau terhadap anggota Pihak
Berkuasa, anggota jawatankuasa, dan pekerja atau ejen Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Obligasi kerahsiaan
45. (1) Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Pihak
Berkuasa—
tiada anggota
Pihak
Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Pihak
Berkuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan tugasnya dan
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 35
yang tidak disiarkan menurut undang-undang tenaga lestari; dan
tiada seorang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
46. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Pihak
Berkuasa; atau
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Pihak Berkuasa dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu boleh, bagi pihak Pihak Berkuasa, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Pihak Berkuasa.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
47. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu untuk melaksanakan sepenuhnya Akta ini atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
36
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk mengambil kerja
48. Pihak Berkuasa boleh mengambil kerja dan membayar ejen, penasihat teknikal dan kewangan, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Benda yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
49. Segala perbuatan dan benda yang dilakukan bagi pihak Pihak
Berkuasa sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan
Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.
JADUAL
[Subseksyen 7(1)]
Mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh
Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya empat orang anggota Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 37
Pengerusi hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa.
Pengerusi dan empat orang anggota lain Pihak Berkuasa hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.
Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Pihak Berkuasa layak kepada satu undi.
Jika tentang apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Pihak Berkuasa terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Mana-mana anggota boleh meminta supaya diadakan atau untuk menyertai mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa melalui peranti telekomunikasi serta-merta seperti telefon, sidang video atau kaedah elektronik lain untuk komunikasi audio atau audio visual. Penyambungan bersama dengan serentak beberapa bilangan anggota melalui peranti telekomunikasi serta-merta itu cukup untuk membentuk suatu kuorum, walaupun pada hakikatnya anggota-anggota itu tidak hadir bersama di satu tempat pada masa mesyuarat itu bersidang, hendaklah menjadi mesyuarat Pihak
Berkuasa yang diadakan dan dibentuk dengan sewajarnya, dengan syarat bahawa—
Pengerusi telah meluluskan pengadaan atau penyertaan dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta;
semua anggota telah menerima notis mengenai mesyuarat itu dan kaedah yang melaluinya mesyuarat itu akan diadakan;
setiap anggota yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta mestilah boleh mendengar setiap anggota lain yang mengambil bahagian pada masa permulaan dan selama tempoh mesyuarat itu; dan
pada permulaan mesyuarat dan sebelum pengundian tentang apa-apa ketetapan, setiap anggota mestilah mengesahkan kehadirannya bagi maksud mesyuarat itu kepada semua anggota lain yang mengambil bahagian.
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
2. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.
38
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Ketetapan tanpa bermesyuarat
3. (1) Sesuatu ketetapan dikira telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat Pihak
Berkuasa jika—
semua anggota Pihak Berkuasa telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Pihak Berkuasa mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).
Subperenggan (1) terpakai hanya jika Pihak Berkuasa—
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
memutuskan kaedah yang dengannya anggota Pihak Berkuasa hendaklah menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
Minit
4. (1) Pihak Berkuasa dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit semua mesyuaratnya ditandatangani dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2)
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 39
Tatacara
5. Tertakluk pada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak
Berkuasa
7. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.
40
Akta 726
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1690
Akta Pihak Berkuasa Pembangunan
Tenaga Lestari (Pindaan) 2023
10-11-2023
41
Akta 726
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
1
Akta A1690 10-11-2023