Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 · Updated to 10 Nov 2023 · Bahagian II · Pihak Berkuasa
5. Keanggotaan Pihak Berkuasa
Feedback & supportPihak Berkuasa hendaklah terdiri daripada—
anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Pengerusi;
tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat wakil Kerajaan Persekutuan; dan
tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain; dan 12
Undang-Undang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif.
Orang yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) hendaklah seorang yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan tenaga lestari, kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khas.