Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 · Updated to 10 Nov 2023 · Bahagian II · Pihak Berkuasa
3. Penubuhan Pihak Berkuasa
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai Pihak
Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia ditubuhkan.
Pihak Berkuasa hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirnya patut—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.