Skip to content

Seksyen 43

of Akta Perindustrian Sekuriti 1983

ActRepealedProvision 111 of 137

Seksyen 43

(1)

Seseorang peniaga hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris apa-apa rekod pengakaunan dan lain-lain rekod yang akan menghuraikan dengan cukup transaksi-transaksi dan kedudukan kewangan urusannya dan membolehkan akaun-akaun keuntungan dan kerugian dan kunci kira-kira yang benar dan sak-sama disediakan dari semasa ke semasa dan hendaklah mengarahkan supaya rekod-rekod itu disimpan dengan apa-apa cara untuk membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.

(2)

Jika rekod pengakaunan dan lain-lain rekod disimpan oleh seseorang peniaga di suatu tempat di luar Malaysia, peniaga itu hendaklah mengarahkan supaya dihantar ke suatu tempat di Malaysia dan disimpan di tempat itu apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan urusan yang diselenggara dalam rekod-rekod

PERINDUSTRIAN SEKURITI itu untuk memboleh disediakan akaun-akaun keun tungan dan kerugian dan kunci kira-kira yang benar dan saksama.

(3)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) seseorang peniaga hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang berikut:

(a)

suatu Buku Jual Beli yang merekodkan nama pembeli dan penjual masing-masing bagi tiap-tiap sekuriti yang dibeli atau dijual oleh peniaga itu semasa menjalankan urusannya;

(b)

suatu Buku Penerimaan Skrip yang mengandungi salinan-salinan akuterimaan mengenai penerimaan sekuriti yang diterima oleh peniaga itu daripada klien untuk dijual atau disimpan selamat dan yang menunjukkan dengan terang nama atau nama-nama dalam mana sekuriti tertentu itu didaftarkan;

(c)

suatu Buku Wang Tunai yang mengandungi catatan-catatan mengenai semua amaun yang dibayar atau diterima oleh peniaga itu semasa menjalankan urusannya;

(d)

suatu Jurnal;

(e)

suatu Lejar atau Lejar-Lejar yang menunjukkan semua transaksi—

(i)

dengan klien peniaga itu;

(ii)

dengan peniaga-peniaga lain; dan

(ii)

dengan peniaga-peniaga

(iii)

berkenaan dengan akaun-akaun nominal atau persendirian;

(f)

suatu Daftar Skrip Am yang merekodkan penerimaan dan pelupusan oleh peniaga itu akan semua sekuriti lain daripada yang diselenggara dalam Daftar Skrip Simpanan Selamat;

(g)

suatu Daftar Skrip Simpanan Selamat yang merekodkan semua sekuriti yang dipegang oleh peniaga itu untuk simpanan selamat; dan yang merekodkan

(h)

suatu Daftar Pengunderaitan yang merekodkan semua transaksi pengunderaitan dan transaksi pengunderaitan kecil yang dibuat oleh peniaga itu.

(6)

Jika apa-apa akaun atau rekod yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya disimpan tidak disimpan dengan membuat catatan-catatan dalam suatu buku berjilid tetapi dengan sesuatu cara lain, peniaga yang berkenaan itu hendaklah mengambil langkah-langkah pengawasan yang munasabah untuk memperlindunginya daripada pemalsuan dan untuk memudahkan diketahui apa-apa pemalsuan.

(5)

Bagi maksud-maksud seksyen ini apa-apa akaun atau rekod yang dikehendaki disimpan oleh seseorang peniaga boleh disimpan sama ada dengan membuat catatan-catatan dalam suatu buku berjilid atau dengan merekodkan perkara-perkara yang berkenaan itu dengan apa-apa cara lain sebagaimana diluluskan oleh/Pendaftar.

(4)

Tiap-tiap catatan dalam Daftar Skrip Simpanan Selamat dan dalam Daftar Pengunderaitan yang di simpan oleh seseorang peniaga hendaklah ditarikhkan dan ditandatangan-ringkas oleh orang yang memhnai catatan itu.