Skip to content

Seksyen 50

of Akta Perindustrian Sekuriti 1983

ActRepealedProvision 118 of 137

Seksyen 50

(1)

Jika semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai juruaudit bagi seseorang peniaga, seseorang juruaudit mendapat tahu mengenai sesuatu perkara yang pada pendapatnya boleh memudaratkan kedudukan kewangan peniaga itu setakat yang material atau menjadi suatu pelanggaran terhadap seksyen 43, 44 atau 45 maka dia hendaklah dalam tempoh tujuh hari menghantar suatu laporan bertulis mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa yang relevan dan satu salinannya kepada peniaga itu.

(2)

Satu salinan, laporan yang disebut dalam subseksyen (1) bagi syarikat anggota atau firma anggota hendaklah juga dihantar kepada Pendaftar.