Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta (Pindaan)
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1420
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1420 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta (Pindaan)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “persembahan secara langsung” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“persembahan”.
undang-undang malaysia
Akta A1420
akta hak cipta (pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1420
Pindaan seksyen 3
dengan menggantikan takrif “badan pelesenan” dengan takrif yang berikut:
‘“badan pelesenan” ertinya suatu persatuan atau pertubuhan yang diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah seksyen 27a;’;
dalam takrif “karya sastera”, dengan memasukkan selepas perkataan “keputusan-keputusan kehakiman”
perkataan “, atau ucapan politik dan debat politik, atau ucapan yang diberikan dalam perjalanan prosiding undang-undang, dan terjemahan rasminya”;
dengan memasukkan selepas takrif “Kerajaan” takrif yang berikut:
‘“langkah perlindungan teknologi” ertinya apa-apa teknologi, alat atau komponen yang, dalam pengendalian biasanya, menghalang atau mengehad secara berkesan pelakuan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta mengenai sesuatu karya;’;
dengan menggantikan takrif “pelaku” dengan takrif yang berikut:
‘“pelaku” ertinya seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan;’; dan
dalam takrif “penetapan”, dengan memasukkan selepas perkataan “jangkamasa sementara” perkataan “dengan menggunakan suatu alat”.
Pindaan seksyen 4
Perenggan 4(1)(d) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “persembahan” perkataan “yang ditetapkan”.
Hak Cipta (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 5
dengan menggantikan perkataan “Perbadanan boleh melantik” dengan perkataan “Menteri boleh melantik”; dan
dengan menggantikan perkataan “ditentukannya”
dengan perkataan “ditentukan oleh Menteri”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada
Penolong Pengawal di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (6).
Pindaan seksyen 8
Subseksyen 8(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan data semata-mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.”.
Pindaan seksyen 9
dengan menggantikan perkataan “bagi maksud-maksud”
dengan perkataan “bagi apa-apa maksud termasuk”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan “pelaporan”
perkataan “berita atau”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1420
Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa, tanpa menjejaskan perenggan (e), hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan-salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan-salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan-salinan itu atau apa-apa pengimportan kemudiannya salinan-salinan itu ke dalam Malaysia.” dengan perkataan yang berikut:
“keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa—
hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apa-apa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam Malaysia; dan
hak eksklusif untuk mengawal penyewaan komersial berhubungan dengan filem hendaklah terpakai hanya apabila penyewaan komersial itu telah menyebabkan pembuatan salinan karya itu secara meluas sehingga mengurangkan hak eksklusif pengeluaran semula secara material.”;
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar termasuk bagi maksud
Hak Cipta (Pindaan)
7
penyelidikan, pengajian persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa:
Dengan syarat bahawa ia disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu berkaitan dengan pelaporan berita atau peristiwa semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem atau siaran, maka perakuan tidak diperlukan;”;
dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan
“rakaman” dengan perkataan “pengeluaran semula”;
dengan menggantikan perenggan (gggg) dengan perenggan yang berikut:
“(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang penglihatan atau kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang ditetapkan oleh Menteri;”;
dalam perenggan (j), dengan memotong perkataan
“yang dimiliki penuh oleh Kerajaan”;
dalam perenggan (o), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (p), dengan menggantikan tanda noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan
“; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (p)
perenggan yang berikut:
“(q) pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut.”; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1420
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira hendaklah termasuk—
maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;
amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan
kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.”.
Pindaan seksyen 13b
Seksyen 13b Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a), dengan menggantikan perkataan
“seksyen ini dan seksyen 13a dan 13c” dengan perkataan
“Akta ini”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen 7(6), setelah”
dengan perkataan “Setelah”.
Pemotongan seksyen 13c
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13c.
Hak Cipta (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 16a
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) pengeluaran semula penetapan suatu persembahan;”;
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “menjadikan tersedia untuk” dengan perkataan “pengedaran kepada”; dan
dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan “penyewaan” perkataan “komersial”;
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”
dengan perkataan “perenggan (1)(b)”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “persembahan secara langsungnya”
dengan perkataan “persembahannya”; dan
dalam subperenggan (b)(i), dengan menggantikan perkataan “hal ehwal” dengan perkataan
“peristiwa”;
dengan menggantikan subperenggan (b)(iii) dengan subperenggan yang berikut:
“(iii) dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-undang;”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1420
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku itu;”.
Pindaan seksyen 16b
Seksyen 16b Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “atau pada masa pindah hakmilik hak sewaan”;
dalam subseksyen (3) teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “persembahan secara langsungnya”
dengan perkataan “persembahannya”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada Tribunal untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.
(3 b) Pelaku boleh juga memohon kepada
Tribunal—
untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena di bayar sebagai saraan yang saksama;
atau
untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu berhubungan dengan saraan yang saksama itu.
Hak Cipta (Pindaan)
Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3b)(b) hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh Tribunal telah diperoleh.
Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.
Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan amaun saraan yang saksama atau menyekat kuasa Tribunal di bawah seksyen ini.”;
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Bagi maksud seksyen ini, “diterbitkan bagi maksud komersial” ertinya rakaman bunyi itu telah dijadikan tersedia kepada orang awam melalui cara wayar atau wayarles dengan cara yang sedemikian rupa yang membolehkan orang awam mendapat akses kepadanya dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masingnya dipilih oleh mereka.”.
Pindaan seksyen 23a
Seksyen 23a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “diadakan” perkataan “atau ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi”.
Pindaan seksyen 25a
Seksyen 25a teks bahasa Inggeris Akta ibu dipinda dalam nota birai dengan menggantikan perkataan “right” dengan perkataan
“rights”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1420
Seksyen baru 26a, 26b dan 26c
seksyen yang berikut:
Quoted provision
Suatu pemberitahuan hak cipta tidak boleh dilayan melainkan jika fi yang ditetapkan telah dibayar kepada
Pengawal.
Suatu pemberitahuan hak cipta hendaklah mengandungi butiran yang berikut:
suatu akuan berkanun bahawa pemohon ialah pencipta karya, atau pemunya hak cipta karya, atau pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang yang telah diberi kepentingan dalam hak cipta melalui lesen;
nama pencipta dan, jika pencipta telah meninggal dunia, tarikh kematian pencipta itu, jika diketahui;
dalam hal karya yang telah diterbitkan, tarikh dan tempat penerbitan yang pertama; dan
Quoted provision
Daftar Hak Cipta hendaklah mengandungi semua butiran berhubungan dengan hak cipta dalam sesuatu karya sebagaimana yang diberitahu kepada Pengawal di bawah seksyen 26a.
Daftar Hak Cipta hendaklah disimpan mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh
Menteri.
Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Hak
Cipta pada bila-bila masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh mendapatkan petikan yang diperakui sah daripada Daftar apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh memperakui sah petikan benar daripada Daftar Hak Cipta yang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butiran yang dicatatkan dalamnya dan petikan daripada Daftar Hak Cipta yang diperakui sah itu hendaklah boleh diterima di semua mahkamah.
Pindaan kepada Daftar Hak Cipta
Quoted provision
Hak Cipta (Pindaan)
Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—
memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah dalam atau yang masih ada dalam
Daftar, dan apa-apa pembetulan, pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.
Bagi maksud seksyen ini, “mahkamah” ertinya Mahkamah
Tinggi yang berkenaan di Malaysia.”.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1420
Pindaan seksyen 27a
“Pemberitahuan sukarela hak cipta
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27a dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Suatu permohonan untuk perisytiharan hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
dokumen konstituen pemohon yang objektif utamanya, atau satu daripada objektif utamanya, adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, sama ada sebagai pemunya hak cipta atau sebagai ejen baginya, dan yang matlamatnya termasuk juga memberikan lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta; dan
Apabila diterima suatu permohonan, Pengawal boleh mengisytiharkan pemohon sebagai suatu badan pelesenan dan mengeluarkan perisytiharan bertulis yang bermaksud sedemikian kepada pemohon itu.
Walau apa pun subseksyen (3), Pengawal hendaklah menolak sesuatu permohonan jika maklumat yang diberikan oleh pemohon menurut subseksyen (2) adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan untuk menunjukkan bahawa pemohon layak dan sesuai untuk menjadi badan pelesenan.
Badan pelesenan hendaklah memberi Pengawal suatu salinan akaun untung rugi, penyata kira-kira dan laporan juruauditnya yang dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan badan pelesenan itu tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh mesyuarat agung tahunan itu.
Hak Cipta (Pindaan)
Pengawal boleh membatalkan perisytiharan yang diberikan kepada sesuatu badan pelesenan jika dia berpuas hati bahawa badan pelesenan itu—
tidak bertindak menurut peraturannya atau untuk kepentingan terbaik anggotanya, atau ejen mereka;
telah mengubah peraturannya sehingga tidak lagi mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
tanpa alasan yang munasabah, telah enggan atau tidak mematuhi peruntukan Akta ini; atau
Badan pelesenan yang terkilan dengan keputusan
Pengawal di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada
Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.
Mana-mana persatuan atau pertubuhan yang beroperasi sebagai suatu badan pelesenan tanpa mendapat perisytiharan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.”.
Seksyen baru 27aa
“Badan pelesenan
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27a seksyen yang berikut:
“Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27b hingga 27g terpakai
27aa. (1) Seksyen 27b hingga 27g hendaklah terpakai kepada skim pelesenan yang dikendalikan oleh badan pelesenan yang
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1420
berhubungan dengan hak cipta dalam apa-apa karya, setakat yang ia berhubungan dengan lesen bagi—
Bagi maksud seksyen 27b hingga 27g, “skim pelesenan”
ertinya mana-mana skim pelesenan yang diperihalkan dalam subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 27c
Subseksyen 27c(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau”
yang terdapat di hujung perenggan itu;
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai,”; dan
dengan memasukkan sebelum perkataan “orang atau pertubuhan itu” perkataan “pengendali,”.
Pindaan seksyen 27d
Subseksyen 27d(1) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “Jika” dengan perkataan
“Tertakluk kepada subseksyen (2), jika”;
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau”
yang terdapat di hujung perenggan itu;
Hak Cipta (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai,”.
Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan
“Penubuhan” perkataan “dan kuasa”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara yang berikut:
apa-apa rujukan oleh pengendali, seseorang atau sesuatu pertubuhan yang disebut dalam Bahagian
IVa;
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Timbalan Pengerusi” dengan perkataan
“lima orang Timbalan Pengerusi”; dan
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1420
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada dua puluh orang”
dengan perkataan “dua belas orang”; dan
dalam subseksyen (2), (3), (5) dan (6) teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “Deputy Chairman”
dengan perkataan “Deputy Chairmen”.
Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“seorang anggota Tribunal lain untuk bertindak sebagai
Pengerusi bagi maksud prosiding itu” dengan perkataan
“seorang Timbalan Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“atau anggota yang mempengerusikan” dengan perkataan
“prosiding itu”;
dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:
“(7) Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah—
melantik daripada kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baru bagi maksud prosiding yang diteruskan itu; dan
jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.”.
Pindaan seksyen 31
Seksyen 31 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “bahasa kebangsaan” perkataan “atau bahasa vernakular lain di Malaysia”;
Hak Cipta (Pindaan)
dalam subseksyen (2), perenggan (3)(a) dan (g) dan subseksyen (5) dan (6), dengan memasukkan selepas perkataan “bahasa kebangsaan” perkataan “atau bahasa vernakular lain”; dan
dalam subperenggan (3)(b)(ii), dengan menggantikan perkataan “menemui pemunya tersebut” dengan perkataan
“mengesan atau memastikan pemunya itu;”.
Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 36
seksyen yang berikut:
Quoted provision
yang digunakan oleh pemunya hak cipta itu berkaitan dengan penjalanan haknya di bawah Akta ini; dan
yang menyekat perbuatan berkenaan dengan karyanya yang tidak dibenarkan oleh pemunya yang berkenaan atau yang tidak diizinkan oleh undang-undang.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika pemintasan langkah perlindungan teknologi itu adalah—
semata-mata bagi maksud mencapai operasi salingan suatu program komputer yang dicipta secara berasingan dengan program asal atau mana-mana program lain;
semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan menganalisis kecacatan dan perihal mudahnya diserang teknologi penyulitan;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1420
semata-mata bagi maksud menguji, menyiasat atau membetulkan keselamatan komputer, sistem komputer atau rangkaian komputer;
semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan melumpuhkan suatu keupayaan yang tidak terzahir untuk mengumpul atau menyebarkan maklumat pengenalan peribadi mengenai aktiviti atas talian orang sebenar;
berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang mematuhi undang-undang, semata-mata bagi maksud—
penguatkuasaan undang-undang;
dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.
Tiada seorang pun boleh—
menjual atau menyewakan;
mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau
menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan,
Hak Cipta (Pindaan)
21
apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—
dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;
mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau
direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.
Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.
Maklumat pengurusan hak
Quoted provision
menanggalkan atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau
mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya dengan mengetahui bahawa maklumat pengurusan hak elektronik telah ditanggalkan atau diubah tanpa kebenaran, dan dengan mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mengetahui bahawa perbuatan itu akan menyebabkan, membolehkan, memudahkan atau menyembunyikan suatu pelanggaran apa-apa hak di bawah Akta ini.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika penanggalan atau pengubahan apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran adalah—
berhubungan dengan apa-apa yang dilakukan dengan sah semata-mata bagi maksud—
penguatkuasaan undang-undang;
pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1420
dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 41, “maklumat pengurusan hak” ertinya maklumat yang mengenal pasti karya, pencipta karya, pemunya apa-apa hak dalam karya, pelaku atau terma dan syarat penggunaan karya, apa-apa nombor atau kod yang menggambarkan maklumat sedemikian, apabila mana-mana butiran ini dilekatkan kepada salinan sesuatu karya atau kelihatan berkaitan dengan penyampaian sesuatu karya kepada awam.”.
Pindaan seksyen 37
“Pemintasan langkah perlindungan teknologi
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 37 dengan seksyen yang berikut:
“37. (1) Tindakan terhadap pelanggaran hak cipta dan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36a dan 36b bolehlah diambil tindakan atas guaman pemunya hak cipta itu dan, dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran atau perbuatan yang dilarang sedemikian, mahkamah boleh memberikan jenis relief yang berikut:
ganti rugi statutori yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi setiap karya, tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya; atau
Walau apa pun subseksyen (1), semua relief boleh didapati oleh plaintif dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen 36a(3) kecuali ganti rugi statutori.
Hak Cipta (Pindaan)
, mahkamah boleh juga membuat perintah di bawah perenggan (1)(c) bagi suatu akaun apa-apa keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu yang tidak diambil kira dalam mengira ganti rugi.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jenis relief yang disebut dalam perenggan
Bagi maksud perenggan (1)(d), semua bahagian sesuatu karya kolektif hendaklah dikira sebagai satu karya.
Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini telah dipastikan bahawa suatu pelanggaran atau perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36a atau 36b telah dilakukan tetapi juga telah dipastikan bahawa pada masa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dilakukan defendan tidak menyedari, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki, bahawa perbuatan itu ialah suatu pelanggaran hak cipta atau dilarang di bawah seksyen 36a atau 36b, plaintif tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rugi terhadap defendan berkenaan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang yang dilakukan itu, tetapi hendaklah berhak kepada suatu akaun keuntungan atau ganti rugi statutori sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak di bawah seksyen ini.
Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini pelanggaran hak cipta atau pelakuan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36a atau 36b dipastikan, mahkamah boleh, dalam menilai ganti rugi bagi pelanggaran atau pelakuan perbuatan yang dilarang itu, mengaward apa-apa ganti rugi tambahan yang difikirkannya patut dalam hal keadaan itu jika ia berpuas hati bahawa adalah patut untuk berbuat demikian dengan mengambil kira—
bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; dan
Dalam mengaward ganti rugi statutori di bawah perenggan (1)(d), mahkamah hendaklah mengambil kira—
sifat dan maksud perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu, termasuk sama ada perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu bersifat komersial atau selainnya;
bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
apa-apa kerugian yang dialami oleh plaintif atau berkemungkinan akan dialami oleh plaintif oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan atas sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
keperluan untuk menghalang pelanggaran atau perbuatan yang dilarang lain yang serupa; dan
Injunksi tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini jika ia menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38—
“tindakan” termasuklah tuntutan balas, dan sebutan mengenai plaintif dan mengenai defendan dalam sesuatu tindakan hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“karya kolektif” ertinya suatu karya yang dalamnya bahan yang berkaitan, yang setiap satunya merupakan karya yang berasingan dan tersendiri, dikumpulkan menjadi suatu karya lengkap secara kolektif; dan
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia.
Hak Cipta (Pindaan)
Bagi maksud seksyen ini, “pemunya hak cipta” ertinya pemunya pertama atau pemegang serah hak bahagian hak cipta yang berkaitan itu.”.
Pindaan seksyen 38
Subseksyen 38(7) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“pembayaran ganti rugi” perkataan “atau ganti rugi statutori”; dan
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan
“ganti rugi,” perkataan “ganti rugi statutori”.
Pindaan seksyen 40
Subseksyen 40(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Tertakluk kepada subseksyen (2),” dengan perkataan
“Walau apa pun apa-apa syarat kontrak yang nyata yang sebaliknya,”.
Pindaan seksyen 41
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “memiliki” dengan perkataan “ada dalam milikannya, jagaan atau kawalan”;
dengan memasukkan selepas perkataan
“atau menyebabkan” perkataan “atau membenarkan”; dan
dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 36(3)” dengan perkataan
“subseksyen 36a(1)”;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1420
dengan memasukkan selepas perenggan (h)
perenggan yang berikut:
“(ha) membuat, mengimport atau menjual apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36a(3);”;
dalam perenggan (i), dengan memasukkan sebelum perkataan “tanpa kebenaran” perkataan “yang disebut dalam seksyen 36b”; dan
dalam perenggan (ii), dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan (g)” perkataan “dan
(ha)”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“karya sastera atau muzik” dengan perkataan
“karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem”;
dan
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau bermaksud untuk bertindak dalam apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Hak Cipta (Pindaan)
27
Pindaan seksyen 42
Subseksyen 42(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Afidavit” perkataan “, petikan yang diperakui sah daripada Daftar Hak Cipta yang disebut dalam seksyen 26b”.
Bahagian baru VIa dan VIb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VI
Bahagian yang berikut:
“Bahagian VIa
ANTIRAKAMAN KAMERA
Kesalahan berhubungan dengan antirakaman kamera 43a. (1) Mana-mana orang yang mengendalikan suatu alat perakam pandang dengar di dalam bilik penayangan untuk merekod apa-apa filem secara keseluruhannya atau sebahagiannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang bersalah atas cubaan untuk melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
“alat perakam pandang dengar” ertinya apa-apa alat yang berkebolehan untuk merakamkan atau memancarkan wayang gambar atau mana-mana bahagiannya;
“wayang gambar” ertinya filem;
“bilik penayangan” ertinya mana-mana tempat yang digunakan untuk mempamerkan atau menayangkan wayang gambar, termasuklah panggung wayang gambar.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1420
Bahagian VIb
PENGEHADAN TANGGUNGAN PEMBERI
PERKHIDMATAN
Tafsiran 43b. Bagi maksud Bahagian ini—
“rangkaian lain” ertinya apa-apa jenis rangkaian yang boleh disambungkan dengan rangkaian utama;
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia;
“salinan elektronik”, berhubungan dengan apa-apa karya, ertinya suatu salinan karya dalam bentuk elektronik dan termasuk versi asal karya itu dalam bentuk itu atas rangkaian;
“rangkaian pemula” ertinya rangkaian lain yang daripadanya suatu salinan elektronik bermula;
“rangkaian utama”, berhubungan dengan pemberi perkhidmatan, ertinya suatu rangkaian yang dikawal atau dikendalikan oleh atau bagi pemberi perkhidmatan itu;
“penghalaan” ertinya mengarahkan atau memilih cara atau hala bagi pemancaran data;
“pemberi perkhidmatan”—
bagi maksud seksyen 43c, ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan berhubungan dengan, atau mengadakan penyambungan bagi, capaian, pemancaran atau penghalaan data; dan
bagi maksud Bahagian ini selain seksyen 43c, ertinya seseorang yang memberikan, atau mengendalikan kemudahan bagi, perkhidmatan atas talian atau capaian rangkaian dan termasuk seseorang yang disebut dalam perenggan (a).
Hak Cipta (Pindaan)
29
Pemancaran, penghalaan dan pengadaan penyambungan 43c. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya jika pelanggaran itu berlaku oleh sebab—
pemancaran atau penghalaan, atau pengadaan penyambungan, oleh pemberi perkhidmatan bagi salinan elektronik karya itu melalui rangkaian utamanya;
atau
apa-apa storan fana salinan elektronik karya itu oleh pemberi perkhidmatan dalam perjalanan pemancaran, penghalaan atau pengadaan penyambungan itu:
Dengan syarat bahawa—
pemancaran salinan elektronik karya itu dimulakan oleh atau atas arahan seseorang selain pemberi perkhidmatan;
pemancaran, penghalaan, pengadaan penyambungan atau storan dijalankan melalui suatu proses teknikal automatik tanpa apa-apa pemilihan salinan elektronik karya oleh pemberi perkhidmatan;
pemberi perkhidmatan tidak memilih penerima salinan elektronik karya kecuali sebagai jawapan automatik kepada permintaan seseorang lain; atau
pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik karya itu semasa pemancarannya melalui rangkaian utama.
Jika bahan langgaran telah dikenal pasti sebagai berasal dari suatu lokasi atas talian di luar Malaysia atau daripada suatu akaun tertentu dan jika mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen (1) terpakai bagi pemberi perkhidmatan, mahkamah boleh memerintahkan pemberi perkhidmatan—
supaya mengambil langkah yang munasabah untuk melumpuhkan capaian kepada suatu lokasi atas talian yang secara fizikalnya terletak di luar Malaysia;
atau
supaya menamatkan akaun tertentu itu.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1420
Sistem caching 43d. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta bagi pembuatan apa-apa salinan elektronik karya di rangkaian utamanya jika ia—
daripada suatu salinan elektronik karya yang tersedia di suatu rangkaian pemula;
bagi memudahkan capaian efisien kepada karya oleh seseorang pengguna:
Dengan syarat bahawa—
pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian substantif, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik semasa pemancaran salinan itu kepada pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
dan
pemberi perkhidmatan memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berhubungan dengan—
capaian kepada salinan elektronik oleh pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
penyegaran semula, muatan semula atau pengemaskinian salinan elektronik itu; dan
ketiadaan gangguan terhadap teknologi yang digunakan di rangkaian pemula untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan apa-apa karya di rangkaian pemula, yang merupakan teknologi yang konsisten dengan standard industri di Malaysia.
Hak Cipta (Pindaan)
Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43h.
Storan dan peralatan lokasi maklumat 43e. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya jika pelanggaran itu berlaku oleh sebab—
salinan elektronik karya itu distor atas arahan seorang pengguna rangkaian utama;
pemberi perkhidmatan merujukkan atau memautkan seorang pengguna kepada suatu lokasi atas talian di rangkaian pemula di mana salinan elektronik karya itu menjadi tersedia dengan penggunaan peralatan lokasi maklumat seperti hiperlink atau direktori, atau suatu perkhidmatan lokasi maklumat seperti suatu enjin pencari, jika—
tidak mempunyai pengetahuan sebenar bahawa salinan elektronik karya atau aktiviti itu ialah suatu langgaran;
atau
dalam ketiadaan pengetahuan sebenar, tidak sedar akan fakta atau hal keadaan yang daripadanya aktiviti langgaran itu ternyata;
pemberi perkhidmatan tidak menerima apa-apa faedah kewangan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya yang berlaku dalam, atau dalam urusan, menjadikan karya elektronik itu tersedia di rangkaian utamanya atau rangkaian lain, dan bahawa pemberi perkhidmatan itu tidak mempunyai hak dan keupayaan untuk mengawal aktiviti langgaran itu; dan
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1420
apabila pemberitahuan mengenai apa-apa pelanggaran di bawah seksyen 43h diterima, pemberi perkhidmatan memberikan tindak balas dalam masa yang ditentukan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan capaian kepada bahan yang didakwa sebagai pelanggaran atau hal perkara aktiviti pelanggaran.
Dalam menentukan sama ada sesuatu faedah kewangan boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya, mahkamah hendaklah mengambil kira—
amalan perindustrian berhubungan dengan pengenaan bayaran bagi perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan;
sama ada faedah kewangan itu adalah lebih besar daripada faedah yang biasanya terhasil daripada pengenaan bayaran menurut amalan perindustrian yang sudah diterima; dan
Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43h.
Pengecualian pemberi perkhidmatan daripada tanggungan bagi penyingkiran salinan atau aktiviti lain daripada rangkaian 43f. (1) Pemberi perkhidmatan yang bertindak dengan mematuhi subseksyen 43h(1) dan menurut Bahagian ini tidaklah tertakluk kepada apa-apa tanggungan berkenaan dengan sesuatu tindakan yang diambil dengan suci hati berhubungan dengan—
pelumpuhan capaian kepada salinan elektronik karya di rangkaian utamanya atau rangkaian lain.
Hak Cipta (Pindaan)
Apabila salinan elektronik karya telah disingkirkan atau dilumpuhkan capaiannya di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan hendaklah memberitahu, setakat yang boleh dilaksanakan, orang yang telah menyediakan salinan elektronik itu mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan dan melampirkan dengannya suatu salinan pemberitahuan yang diterimanya menurut subseksyen 43h(1).
Walau apa pun apa-apa yang bertentangan, jika—
akibat daripada penyelesaian antara pemunya hak cipta karya dengan orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu, pemberi perkhidmatan menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana pihak untuk mengembalikan salinan elektronik itu di rangkaian atau mengembalikan capaian kepada salinan itu; atau
orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu telah dihakimi oleh mana-mana mahkamah atau tribunal sebagai pemunya hak cipta karya itu yang sah, pemberi perkhidmatan hendaklah, setakat yang boleh dilaksanakan—
mengembalikan capaian kepada salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya atau rangkaian lain:
Dengan syarat bahawa pemberi perkhidmatan itu dilengkapi dengan dokumentasi yang sepatutnya berhubungan dengan penyelesaian antara pihak-pihak atau penghakiman atau keputusan mahkamah atau tribunal itu.
Pemberi perkhidmatan tidak boleh dikira sebagai telah membenarkan pelakuan apa-apa perbuatan yang melanggar hak cipta di bawah Akta ini semata-mata oleh sebab pemberi perkhidmatan memberikan kemudahan yang telah digunakan oleh seseorang untuk melakukan perbuatan langgaran itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1420
Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan 43g. (1) Dalam memberikan perkhidmatannya kepada pengguna, pemberi perkhidmatan hendaklah menjadikan tersedia maklumat yang berikut dengan cara yang boleh dicapai oleh mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan itu:
perincian dan butiran ejen yang ditetapkan untuk menerima apa-apa aduan atau notis berkenaan dengan pengataan pelanggaran hak cipta.
Ketidakpatuhan subseksyen (1) oleh pemberi perkhidmatan tidak mengehakkan pemberi perkhidmatan itu untuk bergantung kepada perlindungan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.
Pemberitahuan oleh pemunya hak cipta dan kesannya 43h. (1) Jika suatu salinan elektronik apa-apa karya yang boleh dicapai dalam suatu rangkaian melanggar hak cipta sesuatu karya, pemunya hak cipta yang telah dilanggar itu boleh memberitahu pemberi perkhidmatan rangkaian itu mengenai pelanggaran sedemikian dengan mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik itu di rangkaian pemberi perkhidmatan:
Dengan syarat bahawa pemunya hak cipta itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan itu oleh pemberi perkhidmatan.
Pemberi perkhidmatan yang telah menerima pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik yang melanggar itu di rangkaiannya tidak lewat daripada empat puluh lapan jam dari masa pemberitahuan itu diterima.
Hak Cipta (Pindaan)
Orang yang salinan elektronik karyanya telah disingkirkan atau capaian kepadanya telah dilumpuhkan menurut subseksyen (2) boleh mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan balas mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan itu mengembalikan salinan elektronik itu atau capaian kepadanya di rangkaian utama pemberi perkhidmatan:
Dengan syarat bahawa orang itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan balas itu oleh pemberi perkhidmatan.
Pemberi perkhidmatan hendaklah—
apabila diterimanya suatu pemberitahuan balas, dengan segera memberi pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) suatu salinan pemberitahuan balas itu dan memberitahu pengeluar itu bahawa bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepada bahan tersebut akan dikembalikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja;
dan
mengembalikan bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepadanya tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja berikutan penerimaan pemberitahuan balas itu, melainkan jika pemberi perkhidmatan telah menerima suatu pemberitahuan lain daripada pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) bahawa dia telah memfailkan tindakan memohon perintah mahkamah untuk menahan pengeluar pemberitahuan balas di bawah subseksyen (3) daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti pelanggaran berhubungan dengan bahan di rangkaian pemberi perkhidmatan.
Pemberitahuan balas hendaklah dikeluarkan kepada ejen yang ditetapkan bagi pemberi perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang berikut:
pengenalan bahan yang telah disingkirkan atau yang kepadanya capaian telah dilumpuhkan dan lokasi di mana bahan itu muncul sebelum ia disingkirkan atau capaian kepadanya dilumpuhkan;
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1420
pernyataan di bawah hukuman sumpah bohong bahawa pengeluar dengan suci hati mempercayai bahawa bahan itu disingkirkan atau dilumpuhkan daripada kesilapan atau salah pengenalan bahan yang akan disingkirkan atau dilumpuhkan itu; dan
nama, alamat, nombor telefon pengeluar dan pernyataan bahawa pengeluar bersetuju kepada bidang kuasa mahkamah tempat terletaknya alamat itu, atau jika alamat pengeluar adalah di luar Malaysia, di mana pemberi perkhidmatan boleh dijumpai, dan bahawa pelanggan akan menerima penyampaian proses daripada orang yang memberikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau ejen orang itu.
Pembuat notis palsu melakukan kesalahan dan bertanggungan bagi ganti rugi 43i. (1) Jika seseorang yang membuat pemberitahuan menurut seksyen 43h membuat apa-apa pernyataan yang palsu, yang diketahuinya adalah palsu atau yang tidak dipercayainya adalah benar, dan yang menyentuh apa-apa perkara yang penting bagi matlamat pemberitahuan itu—
dia telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
dan
dia bertanggungan untuk membayar pampasan kepada mana-mana orang yang mengalami apa-apa kehilangan atau kerugian akibat daripada pembuatan pemberitahuan itu.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai sama ada pernyataan itu dibuat di Malaysia atau tidak, dan jika seseorang membuat pernyataan di luar Malaysia, dia boleh dikendalikan di bawah perenggan (1)(a) seolah-olah kesalahan itu dilakukan di Malaysia.”.
Hak Cipta (Pindaan)
37
Seksyen baru 45a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 45
seksyen yang berikut:
“Akses kepada data komputer atau digital 45a. (1) Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, jika perlu, diberi akses kepada data komputer atau digital sama ada distor dalam komputer atau apa-apa medium lain.
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan yang diperlukan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan data komputer itu difahami.”.
Pindaan seksyen 50
Subseksyen 50(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penyiasatan polis” perkataan “dalam kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593]”.
Seksyen baru 50b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50a seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk memintas komunikasi 50b. (1) Walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika difikirkannya bahawa apa-apa komunikasi berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh, atas permohonan Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, membenarkan pegawai itu untuk memintas atau mendengar apa-apa komunikasi yang dipancarkan atau diterima oleh mana-mana komunikasi.
Undang-Undang Malaysia 38
Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan.
boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen itu ialah keterangan konklusif bahawa dia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.
Tiada seorang pun berada di bawah apa-apa kewajipan, tanggungjawab atau tanggungan, atau dengan apa cara jua dipaksa, untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, gaya atau cara, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).”.
Seksyen baru 51a
Akta A1420
seksyen yang berikut:
“Keterangan agent provocateur boleh diterima 51a. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah
Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.”.
Seksyen baru 52a
Hak Cipta (Pindaan)
seksyen yang berikut:
mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang
Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1420
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.”.
Kecualian dan peralihan
“Pemberian maklumat 52a. (1) Mana-mana orang yang—
Semua persatuan atau pertubuhan yang, sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, telah beroperasi sebagai badan pelesenan hendaklah terus beroperasi sebagai badan pelesenan:
Dengan syarat bahawa persatuan atau pertubuhan itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, berdaftar dengan Pengawal.
Pengawal hendaklah mengeluarkan kepada persatuan atau pertubuhan yang telah berdaftar dengan Pengawal di bawah subseksyen (2) suatu perisytiharan bahawa ia suatu badan pelesenan di bawah subseksyen 27a(3) Akta ibu.