Skip to content

Seksyen 38

Kecualian dan peralihan

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 39 of 39
Seksyen 38
(1)

Timbalan Pengawal Hak Cipta, Penolong Pengawal Hak

Cipta dan pegawai lain yang dilantik oleh Perbadanan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 5(2) Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

(2)

Semua persatuan atau pertubuhan yang, sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, telah beroperasi sebagai badan pelesenan hendaklah terus beroperasi sebagai badan pelesenan:

Dengan syarat bahawa persatuan atau pertubuhan itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, berdaftar dengan Pengawal.

(3)

Pengawal hendaklah mengeluarkan kepada persatuan atau pertubuhan yang telah berdaftar dengan Pengawal di bawah subseksyen (2) suatu perisytiharan bahawa ia suatu badan pelesenan di bawah subseksyen 27a(3) Akta ibu.