Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Francais (Pindaan)
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1442
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1442 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Francais (Pindaan)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 3
Akta Francais 1998 [Akta 590], yang disebut “Akta ibu” dalam
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penjualan” perkataan “dan operasi”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Penjualan”
perkataan “dan operasi”; dan
dalam subperenggan (a)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan “di dalam” perkataan “atau di luar”.
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta A1442
AKTA FRANCAIS (Pindaan) 2012
4
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
Pindaan seksyen 4
Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “sistem francais;” perkataan “dan”;
dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan (e) dengan noktah; dan
dengan memasukkan selepas takrif “perjanjian francais”
takrif yang berikut:
‘ “perunding francais” ertinya seseorang yang memberi nasihat dan perkhidmatan perundingan kepada seseorang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubung dengannya;’.
Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Mana-mana pemberi francais yang gagal mematuhi seksyen ini, melainkan dikecualikan oleh Menteri di bawah seksyen 58, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau 5
Francais (Pindaan)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baru 6a dan 6b
“Pendaftaran pemberi francais
seksyen yang berikut:
“Pendaftaran pemegang francais pemberi francais asing 6a. (1) Sebelum memulakan perniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon untuk mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi kelulusan pendaftaran francais yang disebut dalam subseksyen (1).
Jika seseorang pemegang francais telah mendapat kelulusan daripada pemberi francais asing untuk menjual francais itu, pemegang francais hendaklah mendaftarkan kelulusan itu.
Pendaftaran pemegang francais 6b. Pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada pemberi francais tempatan atau pemegang francais induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada
Pendaftar dengan menggunakan borang pendaftaran yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh menandatangani perjanjian antara pemberi francais dengan pemegang francais.”.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
Pindaan seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Pendaftaran sesuatu francais hendaklah terus berkuat kuasa melainkan Pendaftar mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada pemberi francais, untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan kelulusan pendaftaran francais di bawah
Akta ini.”.
Pindaan seksyen 11
“Tempoh berkuat kuasa
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, dengan kelulusan
Pendaftar,”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan seksyen 12
Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, melarang atau menolak penjualan atau” dengan perkataan “atau membatalkan kelulusan”.
Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran francais daripada daftar jika dia berpuas hati bahawa—
pemberi francais gagal untuk menyerahkan laporan tahunannya kepada Pendaftar sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 16 bagi tempoh lima tahun berterusan;
7
Francais (Pindaan)
pemberi francais tidak lagi memberi hak di bawah francais.”.
Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perkataan “broker francais”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau perunding francais”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“satu tahun” dengan perkataan “dua tahun”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(5a) Broker francais atau perunding francais hendaklah memohon untuk membaharui pendaftaran dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh tamat pendaftaran.
Mana-mana broker francais atau perunding francais yang gagal mematuhi subseksyen (5a)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.”.
Pindaan seksyen 15
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perkataan “dokumen penzahiran” perkataan “termasuk pindaan kepada dokumen penzahiran yang diluluskan di bawah seksyen 11”; dan 8
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
dengan memasukkan selepas perkataan “dengan pemberi francais itu” perkataan “atau selepas dokumen penzahiran yang diluluskan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 11, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan
dengan memotong perkataan “penzahiran”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Pendaftar”
perkataan “di bawah seksyen 7”.
Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pemberi francais hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari penghujung setiap tahun kewangan perniagaan francais, mengemukakan laporan kepada
Pendaftar dalam borang yang ditetapkan.”;
dalam perenggan (3)(b), dengan menggantikan perkataan
“, melarang atau menolak penjualan atau” dengan perkataan “atau membatalkan kelulusan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bertulis” perkataan “dalam dokumen penzahiran”.
9
Francais (Pindaan)
Pindaan seksyen 20
“melanggar Akta ini” dengan perkataan “menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini”.
Pindaan seksyen 26
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pemegang francais dan pekerja-pekerjanya” dengan perkataan “pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Pemegang francais dan pekerjanya” dengan perkataan
“Pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”.
Pindaan seksyen 27
Seksyen 27 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pemegang francais dan pekerja-pekerjanya” dengan perkataan “pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Pemegang francais dan pekerjanya” dengan perkataan
“Pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”.
Pindaan seksyen 28
Subseksyen 28(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “mengikat” perkataan “pemberi francais atau”.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Pemegang francais hendaklah menjalankan perniagaan berasingan daripada pemberi francais, dan hubungan pemegang francais dengan pemberi francais tidak pada bila-bila masa dianggap sebagai perkongsian, kontrak perkhidmatan atau agensi.”.
Pindaan seksyen 31
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberi francais” perkataan “atau pemegang francais”;
dalam perenggan (2)(a) dan (2)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “kegagalan” perkataan “pemberi francais atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “apabila”
perkataan “pemberi francais atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) menjadi muflis atau tidak solven;”.
Pindaan seksyen 34
Seksyen 34 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pemegang francais boleh, mengikut pilihannya, memohon untuk melanjutkan tempoh francais dengan memberi notis bertulis kepada pemberi francais tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamatnya tempoh francais itu.”.
11
Francais (Pindaan)
Pindaan seksyen 37
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “melakukan suatu kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Subseksyen (1) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau perunding francais.”.
Seksyen baru 37a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37
seksyen yang berikut:
“Kesalahan bagi mengemukakan diri sebagai francais 37a.
Seseorang yang menganggap atau menggunakan berhubung dengan perniagaannya, terma “francais” atau apa-apa terbitannya atau apa-apa jua perkataan lain yang menunjukkan perjalanan perniagaan francais, termasuklah
12
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
penggunaan perkataan “francais” atau apa-apa singkatan dengannya sebagai sebahagian daripada nama atau tajuk dalam dokumen, perjanjian, buku, iklan atau penerbitan, tanpa kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar di bawah seksyen 8 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 38
Seksyen 38 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
“dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
Pindaan seksyen 39
dan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(a) jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit; atau 13
Francais (Pindaan)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“kesalahan pertama” dengan perkataan “kesalahan di bawah seksyen ini”.
Pemotongan seksyen 55
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 55.
Pemotongan seksyen 57
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 57.
Pindaan seksyen 60