Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

21. Pindaan seksyen 37

Feedback & support

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “melakukan suatu kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(2)  Subseksyen (1) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau perunding francais.”.

Report