15. Pindaan seksyen 26
Feedback & supportSeksyen 26 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“pemegang francais dan pekerja-pekerjanya” dengan perkataan “pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Pemegang francais dan pekerjanya” dengan perkataan
“Pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya”.