Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1508 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Akta A1508
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2016
Tarikh Perkenan Diraja ... 20 Mei 2016
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 26 Mei 2016
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1508
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2016
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 5
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 5—
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan "terpakai" perkataan "tanpa mengira amaun gaji"; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika gaji seseorang pekerja pada bila-bila masa melebihi empat ribu ringgit sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai empat ribu ringgit sebulan.”
Pindaan seksyen 58
Seksyen 58 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Pertubuhan boleh mentadbir apa-apa rancangan keselamatan sosial yang lain jika pentadbiran bagi rancangan itu diberikan kepada Pertubuhan oleh mana-mana undang-undang bertulis.”.
Pindaan seksyen 71
Seksyen 71 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperenggan (ii) subperenggan yang berikut:
“(iia) menubuhkan atau mengambil alih syarikat di bawah seksyen 74A dan menyenggara syarikat itu;”.
Pindaan seksyen 72A
Seksyen 72A Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan "pinjaman" perkataan "atau kemudahan pembaiyaan lain"; dan
dengan memasukkan selepas perkataan "bagi memberikan pinjaman" perkataan "atau kemudahan pembaiyaan lain".
Seksyen baharu 74A
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 74 seksyen yang berikut:
"Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat
Quoted provision
Pertubuhan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan atau mengambil alih mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan, mentadbir, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, rancangan, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pertubuhan bagi maksud Rancangan Keselamatan Sosial di bawah Akta ini.
Pertubuhan boleh memberikan arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan pengendalian syarikat itu yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.".
Pindaan seksyen 75A
Subseksyen $ 7 5{\mathrm{A}}(2) $ Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan "dua orang anggota lain" dengan perkataan "tiga orang anggota lain".
Pindaan seksyen 95A
Subseksyen 95A(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh" perkataan ", dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya,".
Pindaan seksyen 105
Subseksyen 105(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (xxa) dengan perenggan yang berikut:
“(xxa) kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun, dan kriteria, kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan yang boleh dikompaun itu;”.
Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (1).
Pindaan Jadual Ketiga
Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda-
dalam butiran 34, dalam ruang "Gaji Bulanan", dengan menggantikan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900" dengan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900 tetapi tidak melebihi RM3,000"; dan
dengan memasukkan selepas butiran 34 butiran yang berikut:
Gaji BulananCaruman MajikanCaruman PekerjaJumlah“35.Apabila gaji melebihiRM3,000 tetapi tidak melebihiRM3,100RM53.35RM15.25RM68.6036.Apabila gaji melebihiRM3,100 tetapi tidak melebihiRM3,200RM55.15RM15.75RM70.90
Gaji BulananCaruman MajikanCaruman PekerjaJumlah37.Apabila gaji melebihiRM3,200 tetapi tidak melebihiRM3,300RM56.85RM16.25RM73.1038.Apabila gaji melebihiRM3,300 tetapi tidak melebihiRM3,400RM58.65RM16.75RM75.4039.Apabila gaji melebihiRM3,400 tetapi tidak melebihiRM3,500RM60.35RM17.25RM77.6040.Apabila gaji melebihiRM3,500 tetapi tidak melebihiRM3,600RM62.15RM17.75RM79.9041.Apabila gaji melebihiRM3,600 tetapi tidak melebihiRM3,700RM63.85RM18.25RM82.1042.Apabila gaji melebihiRM3,700 tetapi tidak melebihiRM3,800RM65.65RM18.75RM84.4043.Apabila gaji melebihiRM3,800 tetapi tidak melebihiRM3,900RM67.35RM19.25RM86.6044.Apabila gaji melebihiRM3,900 tetapi tidak melebihiRM4,000RM69.05RM19.75RM88.8045.Apabila gaji melebihiRM4,000RM69.05RM19.75RM88.80"; da
dalam butiran 34, dalam ruang "Gaji Bulanan", dengan menggantikan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900" dengan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900 tetapi tidak melebihi RM3,000"; dan
dengan memasukkan selepas butiran 34 butiran yang berikut:
Gaji BulananCaruman Majikan35.Apabila gaji melebihi RM3,000 tetapi tidak melebihi RM3,100RM38.1036.Apabila gaji melebihi RM3,100 tetapi tidak melebihi RM3,200RM39.4037.Apabila gaji melebihi RM3,200 tetapi tidak melebihi RM3,300RM40.6038.Apabila gaji melebihi RM3,300 tetapi tidak melebihi RM3,400RM41.9039.Apabila gaji melebihi RM3,400 tetapi tidak melebihi RM3,500RM43.1040.Apabila gaji melebihi RM3,500 tetapi tidak melebihi RM3,600RM44.4041.Apabila gaji melebihi RM3,600 tetapi tidak melebihi RM3,700RM45.6042.Apabila gaji melebihi RM3,700 tetapi tidak melebihi RM3,800RM46.9043.Apabila gaji melebihi RM3,800 tetapi tidak melebihi RM3,900RM48.1044.Apabila gaji melebihi RM3,900 tetapi tidak melebihi RM4,000RM49.4045.Apabila gaji melebihi RM4,000RM49.40"
Pindaan Jadual Keempat
Perenggan 4 Jadual Keempat kepada Akta ibu dipinda—
dalam butiran 34, dalam ruang "Gaji Bulanan", dengan menggantikan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900" dengan perkataan "Apabila gaji melebihi RM2,900 tetapi tidak melebihi RM3,000"; dan
dengan memasukkan selepas butiran 34 butiran yang berikut:
Gaji bulanan yang sebenar bagi bulan ituJenis PertamaJenis KeduaGaji bulanan anggapan yang bersamaan bagi bulan itu“35.Apabila gaji melebihi RM3,000 tetapi tidak melebihi RM3,100RM68.40RM38.10RM3,05036.Apabila gaji melebihi RM3,100 tetapi tidak melebihi RM3,200RM70.90RM39.40RM3,15037.Apabila gaji melebihi RM3,200 tetapi tidak melebihi RM3,300RM73.10RM40.60RM3,25038.Apabila gaji melebihi RM3,300 tetapi tidak melebihi RM3,400RM75.40RM41.90RM3,35039.Apabila gaji melebihi RM3,400 tetapi tidak melebihi RM3,500RM77.60RM43.10RM3,45040.Apabila gaji melebihi RM3,500 tetapi tidak melebihi RM3,600RM79.90RM44.40RM3,55041.Apabila gaji melebihi RM3,600 tetapi tidak melebihi RM3,700RM82.10RM45.60RM3,65042.Apabila gaji melebihi RM3,700 tetapi tidak melebihi RM3,800RM84.40RM46.90RM3,75043.Apabila gaji melebihi RM3,800 tetapi tidak melebihi RM3,900RM86.60RM48.10RM3,85044.Apabila gaji melebihi RM3,900 tetapi tidak melebihi RM4,000RM88.80RM49.40RM3,95045.Apabila gaji melebihi RM4,000RM88.80RM49.40RM3,950".
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.