Seksyen 2
Pindaan seksyen 5
of Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 5—
(a)
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan "terpakai" perkataan "tanpa mengira amaun gaji"; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika gaji seseorang pekerja pada bila-bila masa melebihi empat ribu ringgit sebulan, gajinya hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai empat ribu ringgit sebulan.”