Seksyen 13
Pindaan seksyen 21
of Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024
Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memastikan bahawa syarikat penerbangan menjalankan program obligasi perkhidmatan awam.
(3b)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menguruskan atau mengatur bagi penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan perkhidmatan nasihat, untuk mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau relevan dengan pembangunan ekonomi industri penerbangan awam, dan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktor yang berkaitan itu kepada agensi kerajaan yang berkenaan, pemegang lesen, orang awam dan pelabur atau pelabur berpotensi yang melabur dalam industri sedemikian.”.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
13