Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
of Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024
seksyen yang berikut:
“Kesan pemberhentian keanggotaan 10a. Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota
Pihak Berkuasa—
(a)
seseorang lain hendaklah dilantik untuk mengambil tempatnya mengikut peruntukan yang terpakai di bawah Akta ini; dan
(b)
dia tidak boleh, melainkan dengan kelulusan bertulis Menteri, dalam masa dua tahun dari pemberhentian keanggotaannya, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, perkhidmatan penerbangan.”.