Skip to content

Seksyen 21

Kecualian dan peralihan

of Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 21 of 21
Seksyen 21
(1)

Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini.

(2)

Tiap-tiap perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar hendaklah, dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pengawal untuk didaftarkan di bawah

Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.