19. Pindaan seksyen 62
Feedback & supportSubseksyen 62(1) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) menetapkan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini;”;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) mengawal selia pasukan bomba persendirian;”;
dengan menggantikan perenggan (ca) dengan perenggan yang berikut:
“(ca) mengawal selia Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan tugas dan kuasa Pasukan Bomba
Sukarela dan menetapkan perkara berhubung dengan Pasukan Bomba Sukarela yang boleh dikawal selia melalui perintah tetap
Ketua Pengarah;”; dan 26
Undang-Undang Malaysia
dengan memasukkan selepas perenggan (k) perenggan yang berikut:
“(ka) mengawal selia perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar;
menetapkan kategori bagi orang kompeten;”.