Section 53
Penyitaan haiwan berhubung dengan hilang kelayakan
Jika seseorang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) kerana melanggar perintah di bawah perenggan 52(1)(a) atau (b), mahkamah yang di mana orang itu disabitkan boleh memerintahkan semua haiwan diambil milik oleh pegawai kebajikan haiwan.
(2)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), yang berhubungan dengan mana-mana haiwan yang dimiliki oleh orang yang tertakluk kepada hilang kelayakan di bawah seksyen 52, hendaklah mempunyai kesan sebagai suatu perintah di bawah seksyen 51.
(3)
Mahkamah yang membuat perintah di bawah seksyen ini boleh—
(a)
melantik seseorang pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan, atau mengatur pelaksanaan, perintah itu;
dan
(b)
memerintahkan seseorang untuk membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.