Skip to content

Section 54

Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pemusnahan haiwan

of Animal Welfare Act 2015

ActIn forceProvision 54 of 64
Section 54
(1)

Mahkamah di mana seseorang itu disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 24, 26, 28, 31 atau 32 boleh memerintahkan pemusnahan haiwan yang berhubung dengan kesalahan itu dilakukan, jika mahkamah berpuas hati, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh doktor veterinar berdaftar atau pegawai kebajikan haiwan, bahawa ia wajar melakukan sedemikian demi kepentingan haiwan tersebut.

(2)

Jika suatu mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah itu boleh—

(a)

melantik seorang pegawai kebajikan haiwan untuk melaksanakan atau mengatur pelaksanaan, perintah itu;

dan

(b)

memerintahkan seseorang itu, jika ada, membayar perbelanjaan untuk melaksanakan perintah itu.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 772