Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH BURUH (LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN) (SABAH) 2026
Seksyen 3
Permohonan lesen
(1)
Permohonan lesen oleh seseorang yang ingin memohon suatu lesen untuk menggaji seorang pekerja bukan pemastautin hendaklah dibuat mengikut syarat permohonan dalam Jadual Pertama secara bertulis atau melalui cara elektronik kepada
Pengarah dengan mengemukakan butir-butir seperti yang berikut:
(a)
nama pemohon;
(b)
nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemohon individu, atau nombor pendaftaran jika berkenaan;
(c)
alamat pemohon;
(d)
alamat tempat pekerjaan;
3
(e)
nama pekerja bukan pemastautin;
(f)
nombor kad pengenalan atau nombor pasport pekerja bukan pemastautin;
(g)
jantina pekerja bukan pemastautin;
(h)
jawatan pekerja bukan pemastautin;
(i)
negara atau Negeri asal pekerja bukan pemastautin;
(j)
kelayakan akademik pekerja bukan pemastautin, jika keperluan akademik ditetapkan; dan
(k)
pengalaman kerja pekerja bukan pemastautin, jika keperluan pengalaman kerja ditetapkan.
(2)
Butir-butir di bawah subkaedah (1) hendaklah dikemukakan kepada pejabat Pengarah yang terdekat yang mempunyai bidang kuasa pentadbiran bagi kawasan tempat pekerjaan itu terletak.
(3)
Setelah mempertimbangkan permohonan bagi mendapatkan suatu lesen yang dibuat di bawah subkaedah (1), Pengarah boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon suatu Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua; atau
(b)
menolak permohonan itu secara bertulis.
Syarat lesen