Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH BURUH (LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN) (SABAH) 2026
Seksyen 4
(1)
Apabila suatu lesen dikeluarkan, pemegang lesen hendaklah memastikan—
4
(a)
bahawa pekerja bukan pemastautin itu diambil kerja—
(i)
dalam jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen;
dan
(ii)
di alamat tempat pekerjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen;
(b)
bahawa apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam lesen itu tidak boleh ditukar tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah;
(c)
bahawa pekerja bukan pemastautin itu tidak diambil bekerja oleh mana-mana orang lain selain pemegang lesen itu;
(d)
bahawa dalam hal keadaan pengurangan tenaga kerja, pekerja bukan pemastautin itu hendaklah diberhentikan terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan;
(e)
bahawa apa-apa perbelanjaan yang dibuat bagi kemasukan pekerja bukan pemastautin yang dilesenkan itu hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen bermula dari negara atau Negeri asal sehingga ke premis pekerjaan;
(f)
bahawa lesen yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini tidak boleh dipindah milik dan hanya sah untuk penggajian pekerja bukan pemastautin yang dilesenkan itu;
(g)
bahawa dalam hal keadaan penghantaran pulang seseorang pekerja bukan pemastautin ke negara atau Negeri asal—
(i)
seksyen 96 dan 97 Ordinan hendaklah terpakai;
5
(ii)
Pengarah hendaklah diberitahu dalam tempoh tiga puluh hari sebelum penghantaran pulang; dan
(iii)
pemegang lesen itu hendaklah menguruskan penghantaran pulang pekerja bukan pemastautin;
(h)
bahawa dalam hal keadaan penamatan penggajian pekerja bukan pemastautin, Pengarah hendahklah diberitahu dalam tempoh tiga puluh dari tarikh penamatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga;
(i)
bahawa tempoh lesen yang dinyatakan dalam lesen itu belum habis tempoh;
(j)
bahawa dalam hal keadaan pemegang lesen itu berhasrat untuk terus menggaji seorang pekerja bukan pemastautin yang lesennya akan habis tempoh, pemegang lesen itu bolehlah membuat permohonan untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di bawah kaedah 3 dalam tempoh enam puluh hari sebelum habis tempoh lesen itu;
(k)
bahawa lesen yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh
Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki; dan
(l)
bahwa dalam hal keadaan lesen itu hilang, rosak atau tercemar, pemegang lesen itu hendaklah serta-merta memohon kepada
Pengarah bagi suatu salinan baharu lesen itu.
6