Jadual
Jadual 3 kepada Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Peranti Had Laju) 2025.
(2)
Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai 1
Januari 2026
hingga 31 Disember 2026.
Tafsiran 2.
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“peranti had laju” ertinya suatu peranti had laju sebagaimana yang dinyatakan di bawah kaedah 3;
“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan modal yang dilakukan di bawah perenggan 2 Jadual 3 kepada Akta berhubung dengan pembelian peranti had laju.
Peranti had laju 3.
Peranti had laju yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu peranti had laju—
(a)
yang dipasang di dalam kenderaan perdagangan yang dibuat sebelum 1 Januari 2015—
P.U. (A) 476 3
(i)
berhubung dengan kenderaan barangan, dengan berat dengan muatan melebihi 3500 kilogram; atau
(ii)
berhubung dengan kenderaan perkhidmatan awam, dengan berat dengan muatan melebihi 5000 kilogram dan membawa lebih daripada lapan penumpang tidak termasuk pemandu;
(b)
yang dipasang di dalam kenderaan perdagangan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(a) dalam tempoh 1 Januari 2026
hingga 31 Disember 2026;
(c)
yang pemasangannya diperakui oleh mana-mana badan pengesah yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan
(d)
yang bukanlah suatu peranti had laju yang digunakan untuk menggantikan peranti had laju sedia ada di dalam kenderaan perdagangan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(a).
Elaun modal dipercepat 4.
(1)
Seseorang yang merupakan pemastautin di Malaysia dan telah melakukan suatu perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaannya berhubung dengan pembelian mana-mana peranti had laju untuk dipasang di dalam kenderaan perdagangan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(a) bagi kegunaan perniagaannya boleh menuntut elaun modal dipercepat di bawah Kaedah-Kaedah ini mengikut elaun permulaan di bawah kaedah 6 dan elaun tahunan di bawah kaedah 7.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, pembelian mana-mana peranti had laju hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 setiap unit.
P.U. (A) 476 4
Peruntukan menyifatkan yang berhubungan dengan perjanjian sewa beli 5.
Bagi maksud
Kaedah-Kaedah ini, jika orang yang disebut dalam kaedah 4 melakukan perbelanjaan modal yang layak di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian peranti had laju bagi maksud perniagaannya―
(a)
orang itu hendaklah dianggap sebagai tuan punya peranti had laju itu; dan
(b)
perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah diambil kira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran sedemikian, agregat bayaran itu yang dibuat oleh orang itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.
Elaun permulaan 6.
Orang itu layak untuk menuntut elaun permulaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 10 Jadual 3 kepada Akta yang bersamaan dengan satu per lima daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi pembelian mana-mana peranti had laju.
Elaun tahunan 7.
Orang itu layak untuk menuntut elaun tahunan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 15 Jadual 3 kepada Akta yang bersamaan dengan empat per lima daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi pembelian mana-mana peranti had laju.
Ketidakpakaian 8.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai jika orang itu, berkenaan dengan perbelanjaan modal yang layak—
(a)
telah diberikan apa-apa elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327];
P.U. (A) 476 5
(b)
telah menuntut apa-apa elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada
Akta;
(c)
telah menuntut apa-apa elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(d)
telah menuntut apa-apa elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau
(e)
telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berhubung dengan pendapatan berkanun orang itu yang bersamaan dengan sebahagian atau keseluruhan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh orang itu.
Dibuat 31 Disember 2025
[MOF.700-2/7/2331(S); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-493; PN(PU2)80/JLD.115]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 476 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCE)
(SPEED LIMITATION DEVICE) RULES 2025
IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b)
of the
Income Tax Act 1967 [Act 53], read together with paragraphs 10 and 15 of