P.U. (A) · As enacted
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) (Pindaan) 2026
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Harga Pindahan) (Pindaan) 2026.
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2023.
s 2Pindaan kaedah 3
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023 [P.U. (A) 165/2023], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 3
dalam takrif “perkhidmatan”, dengan menggantikan perkataan “kemudahan yang disediakan, atau akan disediakan” dengan perkataan “kemudahan, yang atau akan, disediakan”.
s 3Pindaan kaedah 4
Kaedah 4 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan subkaedah (4)
dengan subkaedah yang berikut:
“(4)
Bagi maksud kaedah ini, “Kumpulan Perusahaan Multinasional”
ertinya suatu kumpulan perusahaan yang berkaitan yang mempunyai establishmen perniagaan dalam dua atau lebih wilayah bidang kuasa.”.
s 4Pindaan kaedah 10
Kaedah 10 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memotong subkaedah (3).
P.U. (A) 300 3
s 5Pindaan kaedah 13
Kaedah 13 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas subkaedah (1) subkaedah yang berikut:
“(1A) Pelarasan yang dibuat di bawah subkaedah (1) berkenaan dengan suatu taksiran yang dibuat ke atas mana-mana orang dalam suatu transaksi terkawal boleh ditunjukkan dengan suatu pelarasan imbangan ke atas taksiran orang yang lain dalam transaksi terkawal itu, atas permintaan orang yang lain itu dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah.”.
Dibuat 19 Ogos 2026
[MOF.700-2/1/210 JLD.3(S); PN(PU2)80/JLD.117]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 300 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (TRANSFER PRICING) (AMENDMENT) RULES 2026