Seksyen 5
Pindaan kaedah 13
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) (Pindaan) 2026
Kaedah 13 Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas subkaedah (1) subkaedah yang berikut:
“(1A) Pelarasan yang dibuat di bawah subkaedah (1) berkenaan dengan suatu taksiran yang dibuat ke atas mana-mana orang dalam suatu transaksi terkawal boleh ditunjukkan dengan suatu pelarasan imbangan ke atas taksiran orang yang lain dalam transaksi terkawal itu, atas permintaan orang yang lain itu dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah.”.
Dibuat 19 Ogos 2026
[MOF.700-2/1/210 JLD.3(S); PN(PU2)80/JLD.117]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 300 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (TRANSFER PRICING) (AMENDMENT) RULES 2026