Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (A)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos Penempatan Semula bagi Syarikat Berstatus Tun Razak Exchange Marquee) 2013

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Potongan Bagi Kos Penempatan Semula Bagi Syarikat Berstatus Tun

Razak Exchange Marquee) 2013.

(2)

Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

s 2Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“kos penempatan semula” ertinya kos penempatan semula ditetapkan dalam Jadual bagi Kaedah-Kaedah ini;

“penempatan semula” ertinya memindahkan kesemua atau sebahagian operasi perniagaan syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee dari luar Malaysia ke Tun

Razak Exchange atau dari tempat lain di Malaysia ke Tun Razak Exchange;

“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—

(a)

institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

P.U. (A) 30 3

(b)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(c)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]

yang menjalankan perniagaan perbankan Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(d)

syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312] yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(e)

syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

(f)

seorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri;

s 3Tun Razak Exchange

Tun Razak Exchange ertinya kawasan yang di rujuk dalam pelan pembangunan diluluskan bagi Tun Razak Exchange atas sebahagian Lot 1164, Lot 1207, Lot 1209, Lot 1210, Lot 1217, PT 122 Seksyen 62, Lot 205 – lot 208, sebahagian Lot 209, Lot 733, Lot 956, Lot 1309 – Lot 1311, Lot 1313, Lot 1314, Lot 1393, Lot 1364, PT 86, PT 109 – PT 121,

PT 123 Seksyen 67 di Jalan Tun Razak/Jalan Davis, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur termasuk mana-mana pertukaran berikutnya sebagaimana diluluskan oleh Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur.

P.U. (A) 30 4

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), dalam menentukan pendapatan larasan syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan potongan bagi kos penempatan semula yang telah dilakukan oleh syarikat berstatus Tun Razak Exchange

Marquee untuk menempatkan semula kesemua atau sebahagian perniagaannya ke Tun

Razak Exchange, dengan syarat penempatan semula itu dilakukan tidak lewat dari 31 Disember 2020.

(2)

Kos penempatan semula hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tahun taksiran syarikat Tun Razak Exchange Marquee mula menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di Tun Razak Exchange Marquee.

(3)

Potongan di bawah subperenggan (1) hendaklah berkenaan dengan kos yang tidak boleh diberi potongan di bawah subseksyen 33 (1) Akta.

P.U. (A) 30 5

Schedules