Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Potongan
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), dalam menentukan pendapatan larasan syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan potongan bagi kos penempatan semula yang telah dilakukan oleh syarikat berstatus Tun Razak Exchange
Marquee untuk menempatkan semula kesemua atau sebahagian perniagaannya ke Tun
Razak Exchange, dengan syarat penempatan semula itu dilakukan tidak lewat dari 31 Disember 2020.
(2)
Kos penempatan semula hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tahun taksiran syarikat Tun Razak Exchange Marquee mula menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di Tun Razak Exchange Marquee.
(3)
Potongan di bawah subperenggan (1) hendaklah berkenaan dengan kos yang tidak boleh diberi potongan di bawah subseksyen 33 (1) Akta.
P.U. (A) 30 5