Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai pelaburan semata-mata bagi maksud membiayai projek yang disebut dalam perenggan 3(a) yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan.
P.U. (A) 167 4
(2)
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
(a)
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama;
(b)
hendaklah dibuat bagi suatu tempoh dan pada takat suatu amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri melalui Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan itu; dan
(c)
hendaklah tidak dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa.
(3)
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika syarikat telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dan telah menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang amaun itu diterima.
(4)
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) hendaklah tidak melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubungan dengan pelaburan itu.
(5)
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
P.U. (A) 167 5
Pemberhentian potongan