Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengeluaran Bahan Makanan yang
Diluluskan) 2011.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengeluaran Bahan Makanan yang Diluluskan) 2011 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 167 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
P.U. (A) 167
W
KAEDAH-KAEDAH C
PELABURAN DAL
MAKANA
INCOME TAX (
APPROVED
WARTA KERAJAAN PERSEK
FEDERAL GOVERNME
GAZETTE
CUKAI PENDAPATAN (POTONG
LAM PROJEK PENGELUARAN B
AN YANG DILULUSKAN) 2011
(DEDUCTION FOR INVESTMEN
D FOOD PRODUCTION PROJECT
2011
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
KUTUAN
ENT
GAN BAGI
BAHAN
NT IN AN
RULES
P.U. (A) 167 2
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM
PROJEK PENGELUARAN BAHAN MAKANAN YANG DILULUSKAN) 2011
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengeluaran Bahan Makanan yang
Diluluskan) 2011.
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;
“projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan” ertinya suatu projek yang berhubungan dengan—
perikanan laut dalam, dan disifatkan sebagai suatu perniagaan yang berasingan dan tersendiri;
“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang sekurang-kurangnya 70 peratus daripada modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan.
Pemakaian
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bermastautin di Malaysia—
yang telah membuat suatu pelaburan dalam syarikat berkaitannya yang melaksanakan suatu projek bahan makanan yang diluluskan yang baru di bawah
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian)
(No.
3)
2011
[P.U. (A) 166/2011]; dan
yang telah membuat suatu permohonan kepada Menteri melalui Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi suatu projek bahan makanan yang diluluskan, pada atau selepas 1 Oktober 2005 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2015.
Potongan
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai pelaburan semata-mata bagi maksud membiayai projek yang disebut dalam perenggan 3(a) yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan.
P.U. (A) 167 4
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama;
hendaklah dibuat bagi suatu tempoh dan pada takat suatu amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri melalui Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan itu; dan
hendaklah tidak dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa.
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika syarikat telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dan telah menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang amaun itu diterima.
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) hendaklah tidak melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubungan dengan pelaburan itu.
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
P.U. (A) 167 5
Pemberhentian potongan
Jika suatu pelaburan dibuat oleh suatu syarikat bagi maksud projek yang disebut dalam perenggan 3(a), potongan kepada syarikat itu hendaklah dihentikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang di dalamnya tempoh pengecualian bagi syarikat berkaitan bermula apabila syarikat berkaitan itu mendapat pendapatan berkanun pertama daripada projek itu.
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai kepada suatu syarikat—
yang telah diberikan suatu pengecualian bagi suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 3) 2011 [P.U. (A) 166/2011];
yang telah diberikan suatu pengecualian bagi suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2006 [P.U. (A) 50/2006]; atau
yang telah diberikan suatu pengecualian bagi suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 10) 2006 [P.U. (A) 51/2006].
Dibuat 29 April 2011
[Perb. 0.3865/73(SJ.63)VOL.2(31); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-17.12; PN(PU2)80/LXI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 167 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT IN AN APPROVED FOOD
PRODUCTION PROJECT) RULES 2011
Opening note
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Investment in an Approved Food Production Project) Rules 2011.
These Rules are deemed to have come into operation on 1 October 2005.
Interpretation 2.
For the purposes of these Rules, unless the context otherwise requires—
“investment” means an investment in the form of cash or holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares in a related company;
“approved food production project” means a project in relation to—
deep sea fishing, and is deemed to be as a separate and distinct business;
P.U. (A) 167 7
“related company” means a company incorporated under the Companies Act 1965
[Act 125] where at least 70 per centum of its paid-up share capital in respect of ordinary shares are directly owned by a company that made an investment for the purpose of an approved food production project.
Application 3.
These Rules shall apply to a company incorporated under the Companies Act 1965
and resident in Malaysia—
who has made an investment in its related company undertaking a new approved food production project under the Income Tax (Exemption)
(No. 3) Order 2011 [P.U. (A) 166/2011]; and
who has made an application to the Minister through the Minister charged with the responsibility for an approved food production project, on or after 1 October 2005 but not later than 31 December 2015.
Deduction 4.
Subject to these Rules, for the purpose of ascertaining the adjusted income of a company from its business, there shall be allowed as a deduction in the basis period for a year of assessment an amount equivalent to the value of investment for the sole purpose of financing the project referred to in paragraph 3(a) undertaken by the related company.
The value of investment referred to in subrule (1) which is claimed as a deduction—
shall be equivalent to the expenditure incurred by the related company in the basis period for the same year of assessment;
P.U. (A) 167 8
shall be made for a period and up to an amount as approved by the Minister through the Minister charged with the responsibility for the approved food production project; and
shall not be disposed of within five years from the date of the last investment made if such investment is in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares.
Subject to subrules (4) and (5), where a company which has made an investment in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares and claimed a deduction in respect of that investment under subrule (1) receives an amount as consideration for the disposal of such shares, the amount so received by that company shall be added in ascertaining its adjusted income for the year of assessment in basis period in which that amount was received.
The amount referred to in subrule (3) shall not exceed the total deductions allowed in relation to that investment.
Subrule (3) shall not apply where the disposal of the shares referred to in subrule (3) take place after five years from the date of the last investment in the form of paid-up share capital in respect of ordinary shares is made in the related company.
Cessation of deduction 5.
Where an investment is made by a company for the purpose of the project referred to in paragraph 3(a), that deduction to the company shall be ceased in the basis period for a year of assessment in which the period of exemption of the related company commences upon the related company having its first statutory income from that project.
P.U. (A) 167 9
Non-application 6.
These Rules shall not apply to a company—
which has been granted an exemption for an approved food production project under the
Income Tax
(Exemption)
(No. 3)
Order 2011
[P.U. (A) 166/2011];
which has been granted an exemption for an approved food production project under the Income Tax (Exemption) (No. 9) Order 2006
[P.U. (A) 50/2006]; or
which has been granted an exemption for an approved food production project under the Income Tax (Exemption) (No. 10) Order 2006
[P.U. (A) 51/2006].
Made 29 April 2011
[Perb. 0.3865/73(SJ.63)VOL.2(31); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-17.12; PN(PU2) 80/LXI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the Income Tax Act 1967]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.