Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK PENGELUARAN BAHAN MAKANAN YANG DILULUSKAN) 2011

Seksyen 2

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;

“projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan” ertinya suatu projek yang berhubungan dengan—

(a)

penanaman kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba atau rempah;

(b)

akuakultur;

(c)

penternakan lembu, kerbau, kambing atau biri-biri; atau

P.U. (A) 167 3

(d)

perikanan laut dalam, dan disifatkan sebagai suatu perniagaan yang berasingan dan tersendiri;

“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang sekurang-kurangnya 70 peratus daripada modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan.

Pemakaian