Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK PENGKOMERSIALAN DAPATAN PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN) 2022

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“dapatan penyelidikan dan kemajuan” ertinya dapatan penyelidikan dan kemajuan bagi aktiviti atau keluaran bukan berasaskan sumber yang disenaraikan dalam

Jadual dan dimiliki sepenuhnya oleh suatu institusi penyelidikan awam atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia;

“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai dalam suatu syarikat berkaitan yang syarikat berkaitan itu tidak mempunyai tanggungan untuk membayar balik, atau pegangan modal syer berbayar dalam bentuk tunai berkenaan dengan syer biasa dalam suatu syarikat berkaitan;

“pengkomersialan” ertinya suatu proses transformasi dapatan penyelidikan dan kemajuan kepada suatu produk atau proses yang mempunyai aplikasi perindustrian atau yang boleh dipasarkan;

P.U. (A) 3 3

“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh (70) peratus daripada modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa dimiliki secara langsung oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan dalam suatu projek pengkomersialan.