Skip to content

Seksyen 4

Syarat bagi potongan

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengkomersialan Dapatan Penyelidikan dan Kemajuan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4

Bagi melayakkan suatu potongan di bawah kaedah 3, syarikat yang menuntut potongan itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

permohonan bagi kelulusan projek pengkomersialan hendaklah diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 7 November 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2025;

(b)

syarikat itu ialah suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah

Akta Syarikat 2016; dan

(c)

projek pengkomersialan hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan dikeluarkan oleh

Lembaga

Pembangunan

Pelaburan Malaysia.