Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM SUATU SYARIKAT TEROKA ATAU SYARIKAT MODAL TEROKA) 2022

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“individu” ertinya seorang individu yang bermastautin di Malaysia dan mempunyai punca pendapatan daripada perniagaan;

“pembiayaan modal benih” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat atau seorang individu kepada suatu syarikat teroka bagi tujuan penyelidikan, penilaian dan pembangunan suatu konsep permulaan atau prototaip;

“pembiayaan peringkat awal” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat atau seorang individu kepada suatu syarikat teroka sebagai—

(a)

perbelanjaan modal atau modal kerja bagi memulakan pengkomersialan suatu teknologi atau keluaran;

P.U. (A) 117 3

(b)

perbelanjaan modal tambahan atau modal kerja tambahan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, pemasaran atau pembangunan keluaran; atau

(c)

suatu pembiayaan interim bagi suatu syarikat teroka yang dijangka disenaraikan dalam senarai rasmi suatu bursa saham;

“pembiayaan permulaan” ertinya pembiayaan yang diperuntukkan oleh suatu syarikat atau seorang individu kepada suatu syarikat teroka bagi pembangunan keluaran dan pemasaran permulaan;

“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

“syarikat” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(b)

menjalankan suatu perniagaan; dan

(c)

bermastautin di Malaysia;

“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

“syarikat modal teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;

(b)

berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan

(c)

melabur dalam satu atau lebih dari satu syarikat teroka dengan memperuntukkan pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan, atau pembiayaan peringkat awal;

P.U. (A) 117 4

“syarikat teroka” ertinya suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;

(b)

bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

(c)

terlibat dalam menggunakan pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal bagi—

(i)

aktiviti atau keluaran yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986;

(ii)

aktiviti perniagaan berasaskan teknologi sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan berhubung dengan insentif cukai modal teroka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

(iii)

keluaran atau aktiviti yang dibangunkan di bawah skim penyelidikan dan pembangunan yang diluluskan oleh

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; atau

(iv)

keluaran, perkhidmatan atau aktiviti yang dibangunkan di bawah skim geran penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang diluluskan oleh Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.

Potongan