Skip to content

Seksyen 3

Potongan

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Suatu Syarikat Teroka atau Syarikat Modal Teroka) 2022

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6
Seksyen 3

(1)

Dalam menentukan pendapatan larasan suatu syarikat atau seorang individu daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan potongan bagi suatu amaun dalam tempoh asas itu yang bersamaan dengan—

(a)

nilai pelaburan yang dibuat dalam suatu syarikat teroka; atau

P.U. (A) 117 5

(b)

nilai pelaburan atau dua puluh juta ringgit, yang mana terkurang, yang dibuat dalam suatu syarikat modal teroka.

(2)

Bagi maksud potongan di bawah subkaedah (1)—

(a)

pelaburan yang dibuat hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tahun taksiran yang pelaburan itu dipegang bagi tempoh tiga tahun daripada tarikh pelaburan dibuat; dan

(b)

tempoh pegangan pelaburan tersebut diperakukan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

(3)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) boleh dituntut dalam tahun taksiran yang pelaburan itu telah dipegang bagi tempoh tiga tahun daripada tarikh pelaburan dibuat.