Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud kelayakan bagi potongan di bawah kaedah 3, syarikat atau individu hendaklah membuat pelaburan pada atau selepas 27 Oktober 2017 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2026.
(2)
Bagi tujuan subkaedah (1)—
(a)
berhubung dengan pelaburan dalam suatu syarikat teroka, syarikat atau individu itu hendaklah mendapatkan perakuan daripada
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia yang mengesahkan bahawa—
(i)
pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan syer yang pada masa perolehan tidak disenaraikan bagi sebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham;
P.U. (A) 117 6
(ii)
pelaburan itu, berhubung dengan suatu syarikat, tidak dibuat dalam syarikat teroka yang merupakan syarikat berkaitan dengannya pada masa pelaburan pertama dibuat;
(iii)
pelaburan itu dibuat dengan memperuntukkan pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal; dan
(iv)
pelaburan itu dipegang sekurang-kurangnya tiga tahun daripada tarikh pelaburan itu dibuat;
(b)
berhubung dengan pelaburan dalam suatu syarikat modal teroka, syarikat atau individu itu hendaklah mendapatkan perakuan daripada
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia yang mengesahkan bahawa—
(i)
pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan syer yang pada masa perolehan tidak disenaraikan bagi sebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham;
(ii)
pelaburan itu, pada masa pelaburan pertama dibuat berhubung dengan suatu syarikat, dibuat oleh syarikat itu dalam suatu syarikat modal teroka yang bukan syarikat berkaitannya; dan
(B)
pelaburan oleh syarikat modal teroka yang disebut dalam subsubperenggan (A) dibuat dalam syarikat teroka yang bukan syarikat berkaitan syarikat yang mula-mula disebut itu;
P.U. (A) 117 7
(iii)
pelaburan itu dibuat oleh syarikat modal teroka dalam syarikat teroka dengan memperuntukkan pembiayaan modal benih, pembiayaan permulaan atau pembiayaan peringkat awal;
(iv)
syarikat modal teroka itu telah mengekalkan, secara purata sepanjang tempoh tiga tahun berdasarkan penyata kewangan tahunan syarikat modal teroka yang telah diaudit, sekurang-kurangnya lima puluh peratus pelaburan syarikat modal teroka itu, adalah dalam satu atau lebih syarikat teroka; dan
(v)
pelaburan itu dipegang sekurang-kurangnya tiga tahun daripada tarikh pelaburan itu dibuat.
Ketidakpakaian