Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan berhubung dengan
Program Pembangunan Vendor) 2022.
/akn/my/act/pua/2022/2
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR) 2022 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 2 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan berhubung dengan
Program Pembangunan Vendor) 2022.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi syarikat induk—
yang diperbadankan atau disifatkan didaftarkan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
yang menandatangani memorandum persefahaman dengan
Kementerian
Pembangunan
Usahawan dan
Koperasi di bawah
Program
Pembangunan
Vendor dari 1
Januari 2021
hingga 31 Disember 2025.
P.U. (A) 2 3
Program Pembangunan Vendor
Program Pembangunan Vendor ialah suatu program yang diluluskan oleh
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang akan dilaksanakan oleh syarikat induk dalam membangunkan syarikat vendor baharu atau mengukuhkan pembangunan syarikat vendor sedia ada, di peringkat domestik dan antarabangsa.
Syarikat vendor yang disebut dalam subkaedah (1) ialah suatu syarikat—
yang merupakan pengilang atau pembekal komponen, atau penyedia perkhidmatan kepada syarikat induk di bawah
Program Pembangunan Vendor.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat induk daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan ke atas amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat induk itu untuk melaksanakan aktiviti yang berikut berhubung dengan
Program Pembangunan Vendor dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu:
aktiviti berhubung dengan pembangunan produk iaitu pembangunan kualiti produk, inovasi produk atau penyelidikan dan pembangunan;
aktiviti berhubung dengan penambahbaikan kemampuan iaitu program pensijilan, program penilaian atau rekayasa semula proses perniagaan; atau
P.U. (A) 2 4
aktiviti berhubung dengan modal insan iaitu latihan kemahiran teknikal, pengurusan kejat, sistem pengurusan kewangan atau pembinaan keupayaan.
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat induk itu.
Amaun perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan jumlah amaun perbelanjaan itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran:
Dengan syarat bahawa perbelanjaan itu tidaklah termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas loji, jentera, lekapan, tanah, premis, bangunan, struktur atau kerja yang bersifat tetap atau atas perubahan, penambahan atau perluasan ke atasnya atau dalam pemerolehan apa-apa hak dalam atau atas mana-mana harta, yang dilakukan oleh syarikat induk itu.
Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang perbelanjaan pertama yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dilakukan.
Dibuat 30 Disember 2021
[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/179; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-176; PN(PU2)80/JLD.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 2 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO VENDOR
DEVELOPMENT PROGRAMME) RULES 2022
Opening note
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Expenditure in relation to Vendor Development Programme) Rules 2022.
These Rules have effect from the year of assessment 2021.
Application 2.
These Rules shall apply to an anchor company—
which is incorporated or deemed to be registered under the
Companies Act 2016 [Act 777];
which signs a memorandum of understanding with the
Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives under the
Vendor
Development
Programme from 1
January 2021
until 31 December 2025.
P.U. (A) 2 6
Vendor Development Programme 3.
The Vendor Development Programme is a programme approved by the
Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives, to be implemented by an anchor company in developing a new vendor company or strengthening the development of existing vendor company, at domestic and international level.
The vendor company referred to in subrule (1) is a company—
which is incorporated or deemed to be registered under the
Companies Act 2016;
which is a manufacturer or supplier of components, or service provider of the anchor company under the Vendor
Development Programme.
Deduction 4.
For the purposes of ascertaining the adjusted income of an anchor company from its business in the basis period for a year of assessment, there shall be allowed as a deduction on the amount of expenditure incurred by that anchor company to carry out the following activities in relation to the Vendor Development Programme in the basis period for that year of assessment:
activities in relation to product development namely product quality development, product innovation or research and development;
activities in relation to capability improvement namely certification programme, assessment programme or business process re-engineering; or
P.U. (A) 2 7
activities in relation to human capital namely hard skill training, lean management, financial management system or capacity building.
The amount of deduction allowed under subrule (1) shall be equivalent to twice the amount of expenditure incurred by the anchor company.
The amount of expenditure referred to in subrule (1) shall be verified by the Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives and the total amount of the expenditure shall not exceed five hundred thousand ringgit for each year of assessment:
Provided that such expenditure shall not include capital expenditure incurred on plant, machinery, fixtures, land, premises, buildings, structures or works of a permanent nature or on alterations, additions or extensions thereof or in the acquisition of any rights in or over any property, incurred by the anchor company.
The deduction referred to in subrule (1) shall be for a period of three consecutive years of assessment commencing from the year of assessment in the basis period of which the first expenditure specified in subrule (1) is incurred.
Made 30 December 2021
[Perb.MOF.TAX(S)700-2/1/179; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-176; PN(PU2)80/JLD.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]