Skip to content

Seksyen 8

Penarikan balik Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif C-Suite

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Khas Negeri Kelantan) (Eksekutif C-Suite) 2025

P.U. (A)In forceProvision 8 of 9
Seksyen 8

(1)

Menteri boleh menarik balik Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif C-Suite yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini jika—

(a)

individu yang diluluskan itu tidak mematuhi mana-mana syarat di bawah kaedah 5; atau

(b)

Skim Insentif Khas Negeri Kelantan yang diberikan di bawah

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Khas Negeri

Kelantan) 2025 terhenti terpakai bagi orang yang diluluskan.

(2)

Jika Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif

C-Suite ditarik balik mengikut subkaedah (1), Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif C-Suite itu hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada individu yang diluluskan itu—

(a)

berhubung dengan perenggan (1)(a), mulai tahun pertama tahun taksiran yang ditentukan itu; atau

(b)

berhubung dengan perenggan (1)(b), mulai tahun taksiran yang permohonan oleh orang yang diluluskan di bawah kaedah 11

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Khas Negeri

Kelantan) 2025 diterima oleh Menteri melalui Majlis.