Seksyen 5
Syarat bagi individu yang diluluskan
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Khas Negeri Kelantan) (Eksekutif C-Suite) 2025
P.U. (A)In forceProvision 5 of 9
Seksyen 5
Seseorang individu yang diluluskan hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri yang hendaklah termasuk syarat yang berikut:
(a)
bermastautin di Malaysia bagi setiap tahun taksiran dalam tahun taksiran yang ditentukan;
(b)
memegang jawatan sebagai eksekutif C-Suite dan menerima gaji pokok minimum sebanyak sepuluh ribu ringgit setiap bulan dalam tahun taksiran yang ditentukan; dan
(c)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.