Seksyen 4
Permohonan bagi Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif C-Suite
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Khas Negeri Kelantan) (Eksekutif C-Suite) 2025
(1)
Orang yang diluluskan boleh memohon bagi pihak individu yang layak bagi
Skim Insentif Khas Negeri Kelantan berhubung dengan eksekutif C-Suite kepada Menteri melalui Majlis mulai 1 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2024.
P.U. (A) 270 4
(2)
Apabila permohonan di bawah subkaedah (1) diterima, Menteri boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan surat kelulusan kepada orang yang diluluskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam kaedah 5 atau syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri; atau
(b)
menolak permohonan itu.
(3)
Bagi maksud perenggan 2(a), kelulusan Menteri terhad kepada lima individu yang layak.