Skip to content

Seksyen 10

Tempoh sah kelulusan perancangan pembetungan

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 10 of 39
Seksyen 10

(1)

Kelulusan perancangan pembetungan adalah sah bagi tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Apa-apa permohonan untuk melanjutkan tempoh sah kelulusan perancangan pembetungan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tiga bulan sebelum tamat tempoh sah.

(3)

Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh sah kelulusan perancangan pembetungan bagi tempoh yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya dan boleh mengenakan syarat-syarat tambahan.

(4)

Apa-apa pengemukaan untuk melanjutkan tempoh sah kelulusan perancangan pembetungan hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan baru jika pengemukaan tersebut dibuat—

(a)

apabila tempoh sah kelulusan telah luput; atau

(b)

kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh sah tersebut.