Skip to content

Seksyen 12

Permohonan kelulusan reka bentuk

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 12 of 39
Seksyen 12

(1)

Reka bentuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh Suruhanjaya dalam tempoh sah perancangan pembetungan yang diluluskan.

(2)

Orang yang kompeten hendaklah memohon kepada Suruhanjaya untuk kelulusan reka bentuk bagi kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik dengan mengemukakan—

(a)

Borang yang diisi lengkap dengan sewajarnya untuk kelulusan reka bentuk;

(b)

satu salinan kelulusan perancangan projek atau pembangunan daripada pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkaitan;

(c)

pelan-pelan yang diendorskan oleh orang yang kompeten dan pemaju;

(d)

pengiraan reka bentuk yang diendors oleh orang yang kompeten;

dan

(e)

maklumat atau dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh

Suruhanjaya.