Skip to content

Seksyen 17

Pematuhan semasa pembinaan

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 17 of 39
Seksyen 17

(1)

Seseorang yang menjalankan pembinaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik hendaklah mematuhi—

(a)

perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan;

(b)

Garis Panduan;

(c)

Standard; dan

(d)

apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

(2)

Mana-mana pemaju, orang yang kompeten atau kontraktor yang tidak mematuhi Standard dalam pembinaan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak

17

melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.