Skip to content

Seksyen 18

Pemeriksaan oleh Suruhanjaya

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 18 of 39
Seksyen 18

(1)

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh memeriksa kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(2)

Orang yang kompeten hendaklah menjalankan apa-apa pembaikan yang diberitahu oleh Suruhanjaya.

(3)

Orang yang kompeten hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis apabila pembaikan itu siap.