Seksyen 18
Pemeriksaan oleh Suruhanjaya
P.U. (A)In forceProvision 18 of 39
Seksyen 18
(1)
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh memeriksa kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
(2)
Orang yang kompeten hendaklah menjalankan apa-apa pembaikan yang diberitahu oleh Suruhanjaya.
(3)
Orang yang kompeten hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis apabila pembaikan itu siap.