Seksyen 19
Sampel untuk ujian
P.U. (A)In forceProvision 19 of 39
Seksyen 19
(1)
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya hendaklah dibenarkan untuk mengambil sampel material yang digunakan dalam pembinaan kerja-kerja pembetungan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Suruhanjaya untuk pengujian.
(2)
Apa-apa kos yang dilakukan oleh Suruhanjaya untuk pengujian material hendaklah ditanggung oleh pemaju.
(3)
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya hendaklah tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau kos yang disebabkan dari mengambil sampel menurut subkaedah (1).